Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Aziz M. Osman Mahu Bawa Leftenan Adnan Director’s Cut Ke Pawagam

Filem Leftenan Adnan versi definisi tinggi (HD) yang ditayangkan di saluran televisyen berbayar Astro First pada 27 Ogos yang lalu, telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada orang ramai. 

Susulan dari itu, penerbit, pengarah dan pelakon Aziz M. Osman mendedahkan bahawa, dia sudah mempunyai rancangan untuk membawa kembali filem patriotik itu ke pawagam. Lebih menarik, filem tersebut merupakan versi suntingan pengarah. 

Menurutnya lagi, pihaknya akan memasukkan adegan terakhir filem yang telah dipotong.

Atas permintaan, InsyaaAllah saya sedang usahakan filem “Leftenan Adnan” versi suntingan sutradara ke pawagam dan memasukkan kembali adegan terakhir yang dipotong,” tulisnya ringkas dilaman Twitter miliknya. 

Walau bagaimanapun, butiran lanjut mengenai perancangan atau tarikh tayangannya masih belum didedahkan buat masa ini.

Seperti yang dilihat menerusi laman Facebook rasmi “Leftenan Adnan Director’s Cut”, orang ramai berpendapat bahawa filem ini menjanjikan pulangan yang tinggi jika ia ditayangkan di pawagam.

Leftenan Adnan mengisahkan perjuangan Leftenan Adnan bin Saidi dalam menentang Tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Hairie Othman, Umie Aida, Rambo Chin, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Shaharuddin Thamby dan Wahid Senario.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Astro Beri Akses Tontonan Percuma Untuk Semua Saluran Filem & Korea Mulai 29 Januari – 6 Februari 2022

Kakimuvee

VIVO Melancarkan ‘Shout it Out’, Filem Pendek Terinspirasi Berdasarkan Kisah Benar Seorang Atlet Para Yang Tekad

Kakimuvee

Kehadiran Elizad Sharifuddin & Iqram Dinzly Suntik Kelainan Dalam Drama “Hati Yang Dikhianati”

Zulaikha

WeTV Malaysia Mempersembahkan Siri Original Pertamanya, VILLA KRISTAL

Zulaikha

Filem Terbaru Adrian Teh “The Assistant” Akan Ditayangkan Mac Ini, Saksikan Trailer & Poster Rasmi Pertama Disini

Kakimuvee

Gandingan Mantap Shukri Yahaya, Janna Nick & Khai Bahar Dalam Drama Terbaru “Shakira”

Kakimuvee

Leave a Comment