BeritaSlot Tempatan

Ayda Jebat Bawa Watak Pesakit Bipolar Dalam Drama “Cindai”

Views

Pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat bakal muncul dalam drama bersiri terbaru berjudul Cindai tidak lama lagi. Dalam drama terbitan JS Pictures Sdn. Bhd. itu, Ayda akan memainkan peranan sebagai seorang wanita yang mengalami masalah mental dan bipolar.

Ketika berkata kepada wartawan Kosmo! baru-baru ini. Pelakon Pinjamkan Hatiku itu melahirkan rasa teruja kerana dapat membawa watak yang berat dan berbeza dengan lakonannya sebelum ini.

“Bagi watak kali ini, saya membawakan karakter pesakit mental dan juga bipolar. Jadi bagi memantapkan penghayatan watak, saya banyak menonton filem-filem antarabangsa yang ada kaitan dengan masalah ini,”

Selain itu juga, Ayda mendedahkan walaupun teruja dapat bawa watak impiannya namun dia enggan terlalu mencuba untuk menjiwai watak secara berlebih-lebihan.

“Walaupun saya ada buat beberapa rujukan, namun saya tidak mahu terbawa-bawa dengan watak sedia ada. Biarlah jiwa watak tersebut hadir secara semulajadi.” 

Dramai Cindai ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Syazwan Hassan, Raysha Rizrose, Fatin Afeefa dan Nazim Othman.

BACA:  Poster Terbaru Creed 2 Dedahkan Pandangan Pertama Anak Ivan Drago

Sumber: Cinema Online / Kosmo!

Tinggalkan Balasan

shares