Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

AXN ALL-STARS: MENGHIDUPKAN SEMANGAT KEBERSAMAAN MENERUSI HIBURAN AXN 

Siaran Media                                 

AXN, saluran hiburan umum dikenali global milik KC Global Media Asia, hari ini mengumumkan tarikh siaran rasmi AXN All-Stars, sebuah acara hiburan eksklusif digital. Bersama dengan Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Republik Indonesia, acara atas talian istimewa ini membawakan program menarik dengan barisan penghibur bertaraf antarabangsa termasuklah penyanyi berbakat, penari serta ahli silap mata. AXN All-Stars akan dipertontonkan secara langsung dan percuma pada 28 November (Ahad), 8PM di laman Youtube dan Facebook AXN Asia. 

Sebagai penghargaan kepada petugas barisan hadapan serta penduduk di Asia yang terkesan dengan pandemik COVID-19, program hiburan ini bertujuan untuk meningkatkan semangat semua dengan kuasa kolektif hiburan dan mempamerkan bagaimana tanggungjawab sosial boleh hadir dalam bentuk hiburan dan bertaraf antarabangsa. 

Buat julung kalinya, penghibur AXN dulu dan kini berganding bahu bagi mempamerkan satu pertunjukan yang menakjubkan. Bakal dihoskan oleh selebriti kegemaran ramai dan memaparkan nama-nama besar di pentas hiburan seperti Afgan, Anggun,Cosentino,Cyril Takayama, David Foster, Michael Bolton and Mel C, penonton dijemput bagi menapak ke pentas hiburan virtual yang mengagumkan, dengan alunan suara merdu serta ketawa tak kering gusi, yang disusun khas bagi menaikkan semangat dalam sambutan penuh harapan untuk Asia dan seluruh dunia. 

Program hiburan maya ini membawakan bersama senarai persembahan yang disusun khas serta kerjasama yang belum pernah dilihat. Personaliti popular seperti Allan Wu, Melissa C. Koh, Justin Bratton, dan Alan Wong, Marc Nelson, Patricia Gouw dan Rovilson Fernandez juga akan menjadi hos bagi program istimewa ini di sekitar Indonesia, Singapura, Filipina serta Amerika Syarikat. 

AXN All-Stars juga merupakan satu pencapaian pecah rekod, mengumpulkan sejumlah penghibur yang memberikan persembahan di 9 negara dan 8 zon masa. 

Menerusi usaha ini, AXN berharap agar suasana serta alunan merdu dari pulau bakal membawa penonton seolah mereka di kawasan tropika manakala barisan persembahan khas memukau serta kerjasama yang menyentuh hati akan membuatkan penonton terpaku sehingga ke akhir program. 

“Sebagai satu jenama yang berkembang melalui inovasi dan kreativiti, kami amat berbangga untuk bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Republik Indonesia untuk membawakan AXN All-Stars, sebuah pertunjukan digital yang mengolah kembali definisi pengalaman hiburan dalam keadaan sekarang,” kata George Chien, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif KC Global Media Asia, yang memilki AXN. Tambah beliau, “Dengan kepakaran produksi serta barisan penghibur yang ada, kami yakin bahawa persembahan atas talian ini bakal menaikkan semangat serta mengumpulkan peminat bersama tatkala menikmati perkongsian pengalaman ini.”

“Persekitaran kita pada saat ini mungkin terbatas dengan sekatan tetapi keinginan untuk mempengaruhi dan mendekati masyarakat dengan kuasa hiburan tetap ada. Lebih penting sekarang berbanding dulu, kita harus memanfaatkan ini untuk mengekalkan semangat kebersamaan yang ada. Kami ingin menyatukan masyarakat sambil memupuk semangat ketahanan dan harapan di tengah situasi yang suram,” kata Wishnutama Kusubandio, Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Republik Indonesia.

Turut serta adalah penghibur jemputan yang bakal menghiburkan penonton dengan nyanyian merdu, langkah tarian mengasyikkan serta pertunjukan silap mata mengagumkan. Mereka merupakan: 

Singapura

  • Dance Thrilogy, kumpulan tarian tap 
  • TK Jiang, ahli silap mata 

Indonesia

  • Ale Funky, Gitaris Elektrik 
  • Angela July, penyanyi/ pemain harp 
  • Frans Sisir, kombofonis
  • Lesti DA, penyanyi
  • Siti Saniya, penyanyi 

Taiwan

  • Feng E, pemain ukulele elektrik 
  • Maniac Family, kumpulan tarian hip hop 

Filipina 

  • Gerphil Flores, penyanyi 
  • Power Duo, duo akrobat kontemporari 

Jepun

  • Yumbo Dump, duo pelawak

Bagi menonton acara maya eksklusif ini, penonton boleh melayari akaun Youtube AXN Asia 

(https://www.youtube.com/user/axnasia) dan Facebook (https://www.facebook.com/axnasia) pada 28 November (Sabtu), Jam 8 malam. 

 

Related posts

Trailer Uncharted Soroti Babak Yang Diambil Dari Permainan Video

Kakimuvee

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Kakimuvee

Strim Siri Hit Terkini & Filem Warner Bros. Di HBO GO Dengan Harga RM 23.30 Sebulan

Kakimuvee

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

Leave a Comment