Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Awie Menjadi Pelakon Filem Dengan Jumlah Kutipan Terbanyak Di Malaysia.


Datuk Awie kini menjadi pelakon filem dengan jumlah kutipan terbanyak di Malaysia, lapor Harian Metro. 

Ketika bercakap kepada media, penyanyi dan pelakon itu terkejut apabila namanya dimaklumkan sebagai artis Malaysia dengan jumlah kutipan terbanyak iaitu RM161 juta oleh FINAS. 

“Alhamdulillah, baru-baru ini saya dikejutkan apabila nama saya dimaklumkan sebagai artis Malaysia yang berlakon dalam filem-filem dengan jumlah kutipan keseluruhan paling banyak iaitu RM161 juta.

“Ia satu kesyukuran untuk diri saya yang dah hampir 40 tahun berkarya di dalam industri. Ini juga menjadi satu kebanggaan dan kejayaan buat diri saya sebagai anak seni.

“Saya berpegang kepada satu perkara iaitu, pengarah yang bagus akan melahirkan pelakon yang bagus.”


Awie menyifatkan pencapaian dan kejayaannya dalam bidang lakonan banyak dibantu oleh sokongan Allahyarham Mamat Khalid dan juga sahabatnya, Datuk Afdlin Shauki.

“Abang Mamat nampak keselesaan saya di sudut komedi. Dia berjaya mencungkil karakter Husin dalam diri seorang Mat Rock. Sebelum ini, Afdlin juga nampak perkara sama,”

Menurutnya lagi, seseorang pelakon itu perlu membuang ego dan meletakkan kepercayaan kepada pengarah.

“Untuk menjadi seorang pelakon yang versatil, kita perlu buang ego dan rasa malu. Kadangkala, kalau terlalu ego, kita akan menolak untuk melakukan apa yang pengarah minta.

“Sekiranya kita terlalu mengawal diri kita dari sudut itu daripada melakukan banyak benda, ia akan merosakkan.

“Kita, sebagai pelakon harus percaya bahawa apabila kita menandatangani kontrak dengan seorang pengarah, dia akan membawa kita ke peringkat seterusnya,” katanya.

Awie bakal muncul dalam filem komedi seram berjudul Sue-On yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 6 Julai ini.

Sumber: Harian Metro


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee