Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Awie Lega “10 Tips Tipu Bini” Dapat Sambutan Penonton


Pelakon dan penyanyi Dato Awie, mengakui lega apabila mendapat tahu filem terbitannya, 10 Tips Tipu Bini mendapat sambutan penonton di Astro First.

Ketika bercakap kepada Harian Metro, Awie mengatakan bahawa dia gembira melihat filemnya itu berada di kedudukan teratas senarai filem Astro First setakat ini.

“Alhamdulillah, filem ini berada di kedudukan pertama dalam senarai filem Top 5 di Astro First. Harapannya mestilah saya mahu filem ini meletup dan bagi satu hasil yang baik. Dalam masa sama saya masih berusaha untuk menjadikan ia filem box office Astro. InsyaAllah,” katanya kepada Harian Metro.

Setakat ini rekod box office dipegang oleh filem Mael Totey The Movie dengan kutipan  tertinggi RM6.4 juta di Astro First sekali gus memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang filem Syif Malam Raya. 

10 Tips Tipu Bini merupakan filem terbitan pertama Awie menerusi syarikat penerbitnya, Rumah Produksi Rumah Merah. 


Filem bergenre komedi ini mengisahkan tiga sahabat baik, Raffi, Kay dan Jepp yang merupakan suami yang penakut dengan isteri masing-masing, tetapi memasang niat nakal untuk memikat tiga orang gadis di tempat kerja mereka.

Diarahkan Azizi ‘Chunk’ Adnan berdasarkan skrip tulisan Armada AI Haq, filem ini dibarisi pelakon dan pelawak terkenal seperti Awie, Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan, Atu Zero, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

Filem genre komedi hasil skrip tulisan Armada AI Haq arahan Azizi ‘Chunk’ Adnan ini menampilkan pelakon Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Elizabeth Tan, Jehan Miskin, Vicha, Nasir Bilal Khan dan Awie sendiri.

Baca Review 10 Tips Tipu Bini disini


Related posts

Awie Menjadi Pelakon Filem Dengan Jumlah Kutipan Terbanyak Di Malaysia.

Kakimuvee

“Filem ‘Sue-On’ Adalah Tribute Buat Allahyarham Mamat Khalid” – Awie

Kakimuvee

Halimun – Sebuah Filem Seram Gandingan Pelakon Terbaik Malaysia.

Kakimuvee

Air Tiada, “Kalut Nak Kahwin” – Akan Datang 4 Ogos Ini Di Astro First

Kakimuvee

Karya Terakhir Arwah Mamat Khalid, “Kampung Pisang Berbuah 2 Kali” Akan Ditayangkan Di Astro First 3 Mac ini.

Kakimuvee

[Video] Penunggang Agama 2 Akan Ditayangkan Di Astro First 19 Oktober Ini

Kakimuvee