
Selepas lama tidak digandingankan, akhirnya dua pelakon popular tanah air, Dato’ Awie dan Erra Fazira bakal muncul dalam telefilem terbaru berjudul Sue-On.
Telefilem komedi seram ini diarahkan oleh pengarah berkaliber Razif ‘Ajiboy’ Rashid dan diterbitkan oleh Awie menerusi syarikat penerbitannya Rumah Produksi Merah.
Berdasarkan perkongsian Awie di laman Instagram miliknya, Sue-On akan ditayangkan di Astro First, namun tiada maklumat mengenai tarikh tayangannya.
Sue-On mengisahkan tentang hantu Korea yang sesat di Malaysia, dan kemunculannya telah menimbulkan hura-hara dalam kalangan penduduk Kampung Tengah.
Selain Awie dan Erra, telefilem itu turut menampilkan barisan pelakon dan pelawak hebat seperti Ropie, Reen Rahim, Achey, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Sharwani NS dan ramai lagi.
Sementara itu, menantikan tayangan telefilem ini, anda boleh saksikan pandangan pertama Sue-On dibawah.
Sumber: Cinema Online