Penyanyi dan Pelakon, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali dengan nama Awie enggan mengulas lanjut mengenai salasilah keluarganya selepas diminta oleh Pengurusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Datuk Dr. Wan Shamsudin Mohd Yusof.
Awie sebelum ini mengeluarkan kenyataan mengatakan dirinya adalah keturuan Raja Siam melalui moyangnya, Raja Sulaiman.
Ini disebabkan ramai peminat mempertikaikan mengapa Awie mendirikan rumah tangganya dengan Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, 29, di Masjid Sultan Sulaiman Shah Songkhla, Thailand, minggu lalu.
Peminat mempersoalkan tindakan Awie berkahwin disana bukan di Malaysia.
Selepas diminta menjelaskan salasilah keluarganya oleh pengurusi persatuan tersebut, dengan ringkas menjawab enggan mengulas lanjut selepas ditanya oleh wartawan.
“Saya tidak mahu mengulas lanjut. Saya tidak mahu komen apa-apa kerana ia bukan untuk tatapan orang ramai.” – Awie
Persoalan yang ditimbulkan oleh Datuk Dr Wan Shamsudin disebabkan terdapat beberapa individu penting pemerintah Negara Thailand turut mempunyai pertalian keturunan dengan Raja Shamsudin antaranya Perdana Menteri ke-22 Thailand dan bekas komander Tentera Laut Diraja Thailand
“Terdapat beberapa pemerintah di Thailand yang berketurunan Raja Sulaiman termasuklah Perdana Menteri Thailand ke-22 iaitu Jeneral Chavalit Yongchaiyudh dan bekas ketua komander Tentera Laut Diraja Thailand, Laksamana Niphon Srithorn,”
Apapun, jika benar Awie berketurunan raja, elok ditunjukan sahaja untuk membuktikan kebenaran beliau tempoh hari.