Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Awie Dan Erra Fazira Kembali Bersatu Dalam Filem, Bakal Mengamit Nostalgia Sembilu

Pelakon dan penyanyi Erra Fazira memberitahu dia bakal bergandingan dengan pelakon Awie semula dalam sebuah filem terbaru arahan pengarah terkenal Mamat Khalid yang berjudul Hantu Kak Limah. 

Bagaimanapun, menurut pelakon tersebut watak yang bakal dibawa olehnya bukanlah watak utama, tetapi sebaliknya hanya menjadi pelakon cameo (sebabak) dalam filem berkenaan. Walaubagaimanapun, babak yang bakal dilakonkan olehnya bersama Awie bakal mengamit nostalgia penonton yang pernah menonton filem lakonan mereka berdua iaitu Sembilu. Ini kerana watak yang bakal dibawa oleh Erra adalah jelmaan Wati, iaitu karakter dalam filem romantik Sembilu. 

“Pembabitan saya hanya untuk satu babak saja. Saya hanya menjalani penggambaran sehari di Perak. Dalam filem itu, saya jadi watak jelmaan Wati iaitu karakter yang dilakonkan dalam filem “Sembilu”. Kali ini, Wati dalam versi hantu yang menggoda Husin lakonan Awie,” – Erra Fazira

Kedua-dua mereka ini mencipta fenomena pada era 1990an menerusi gandingan mereka dalam filem Sembilu.

Kali terakhir kedua-dua mereka bergandingan dalam filem pada tahun lalu menerusi filem Warna Cinta Impian.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai wataknya dalam filem tersebut, Erra yang digelar sebagai Primadona Filem Melayu Alaf Baharu ini berkata wataknya sebagai Wati mempunyai misi iaitu meninggalkan kawasan larangan pertapaan Husin.

Tambahnya lagi, tiada babak ‘cinta’ yang akan ditampilkan antara wataknya dengan Awie sebaliknya hanya lebih kepada komedi.

Sementara itu, selain filem Hantu Kak Limah, Erra juga berkata dia kini masih lagi sibuk dengan penggambaran drama bersiri terbaru Gerak Khas sejak September lalu.

Selain itu, dia juga terlibat dengan penggambaran filem aksi Polis Evo 2 dan akan mula masuk ke set penggambaran pada bulan hadapan.

Sumber: Cinema Online

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Leave a Comment