Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Awaken” Bermula Baik, “The Penthouse” Sekali Lagi Pecah Rekod Peribadi

Drama terbaru tvN, Awaken telah bermula baik pada episod pertamanya.

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), tayangan perdana Awaken telah merekodkan purata rating sebanyak 4.7 peratus dan kemuncaknya sebanyak 6.4 peratus. Selain itu juga, demografi utama antara 20 hingga 49 tahun merekodkan purata rating sebanyak 2.5 peratus dan kemuncaknya sebanyak 3.3 peratus. 

Awaken adalah drama misteri pembunuhan yang mengikuti hubungan antara misteri peristiwa yang berlaku pada masa sekarang dan rahsia di sebalik kejadian misteri yang berlaku di sebuah kampung 28 tahun yang lalu

Namgoong Min membawa watak Do Jung Woo, ketua pasukan tugas khas di Agensi Polis Kebangsaan.

Sementara itu, drama SBS The Penthouse terus mendominasi rating dalam slot waktunya. Minggu laluThe Penthouse telah mencipta rekod peribadi dengan rating sebanyak 16 peratus, dan episod kali ini, ia terus mencapai rating tertinggi. 

Episod 30 November The Penthouse telah merekodkan purata rating sebanyak 13. 2 peratus dan 16.9 peratus, sekaligus memecahkan rekod peribadi yang dicatatkan pada minggu lalu.

Di MBC, Kairos telah merekodkan rating sebanyak 3.4 peratus dan 3.2 peratus, peningkatan berbandingn episod minggu lalu.

Related posts

Love (Ft. Marriage And Divorce) Bermula Baik, Hadapi Saingan “Mr. Queen”

Zulaikha

Hyun Bin, Itaewon Class Menang Anugerah Utama Di APAN Star Awards 2020

Zulaikha

Hyun Bin, YoonA, Yoo Hae Jin, Daniel Henney, & Jin Sun Kyu Sah Sertai Sekuel “Confidential Assignment”

Kakimuvee

8 Burning Questions We Have Before The Uncanny Counter Ends

Zulaikha

Suami Kim So Yeon, Lee Sang Woo Akan Buat Penampilan Istimewa Dalam “The Penthouse” Musim Kedua

Zulaikha

13 Filem Jepun Yang Mampu Menyentuh Hati Anda

Zulaikha

Leave a Comment

Add your own review

Rating