Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Avengers: Infinity War Kutip $134 Juta Dalam Tempoh Dua Hari

Filem terbaru Marvel Studios, Avengers: Infinity War telah mengutip $134 juta seluruh dunia selepas ia mula ditayangkan pada 25 April yang lalu. Selain itu juga, Avengers: Infinity War turut mencipta rekod apabila menjadi filem Marvel Studios yang mengutip kutipan paling tinggi pada tayangan preview di US.

Avengers: Infinity War telah mengutip $39 juta dolar pada tayangan preview, mengatasi rekod kutipan 3 filem Marvel sebelum ini iaitu Avengers: Age of Ultron yang mengutip $27.6 juta, Black Panther yang mengutip $25.2 juta dan Captain America: Civil War yang telah mengutip $25 juta pada tayangan preview.

Untuk pasaran antarabangsa, Avengers: Infinity War telah mengutip $95 juta selepas dua hari tayangannya dengan Korea Selatan menjadi penyumbang terbesar iaitu sebanyak $11.4 juta, diikuti Australia $10 juta dan UK sebanyak $8.9 juta. Malaysia telah menyumbang sebanyak $2.8 juta kepada kutipan tiket filem Avengers: Infinity War.

Diarahkan oleh Anthony dan Joe Russo, Avengers: Infinity War mengisahkan tentang sekumpulan superhero Marvel yang bergabung tenaga untuk menghentikan Thanos yang sedang mengumpul batu-batu Infiniti dan mengelakkan galaksi dari ancaman Thanos.

Avengers: Infinity War kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment