Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Avengers: Infinity War, Filem Kedua Paling Tinggi Kutipan Di Malaysia Setakat Ini

Filem Avengers: Infinity War menambah $275.1 juta seluruh dunia, menjadikan kutipannya kini mencecah $1.164 bilion seluruh dunia. Filem berkenaan telah mencipta rekod pada hari Sabtu yang lalu apabila menjadi filem paling pantas melepasi angka $1 billion, iaitu dalam tempoh 11 sahaja, mengenepikan rekod terdahulu yang dipegang oleh filem Star Wars: The Force Awakens yang berjaya mengutip $1 billion dolar dalam tempoh 12 hari.

Untuk pasaran domestik US, Avengers: Infinity War telah menambah $113 juta dolar pada minggu kedua, dan $162.6 juta untuk pasaran antarabangsa. Rusia yang baru menayangkan filem Avengers: Infinity War pada minggu lalu turut mencipta rekod kutipan tertinggi negara tersebut dengan kutipan sebanyak $17.6 juta, mengatasi rekod yang dipegang filem Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales. 

Korea kini menjadi negara penyumbang terbesar dengan kutipan sebanyak $69.1 juta manakala UK menjadi negara kedua dengan kutipan sebanyak $67.2 juta. Untuk rantau ini, Indonesia berada ditangga pertama dengan kutiapn sebanyak $20.6 juta diikuti Filipina dengan kutipan sebanyak $19.7 juta.

Sementara itu, Avengers: Infinity War kini berada ditangga kedua filem paling laris untuk pasaran Malaysia dengan kutipan sebanyak $14.3 juta. Kedudukan pertama masih dipegang filem Furious 7 dengan kutipan sebanyak $15.9 juta manakala filem lakonan Dwayne Johnson, Jumanji: Welcome to the Jungle berada dikedudukan ketiga dengan kutipan sebanyak $14.1 juta. Jika prestasi filem ini berterusan pada minggu ini, dijangkakan ia dapat mengatasi rekod kutipan filem Furious 7 dan seterusnya menjadi filem paling laris di Malaysia

Avengers: Infinity War kini sedang rancak ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan

Related posts

Tiga Pengarah Ketuai Projek Sekuel “Spider-Man: Into the Spider-Verse”

Kakimuvee

Paul Dano & Kunal Nayyar Bintangi Filem Netflix “Spaceman”

Kakimuvee

Joe Manganiello Dedah Kenapa Deathstroke Mahu Bunuh Batman

Kakimuvee

Teaser Rasmi “Shang-Chi And The Legend Of The Rings” Perkenalkan Superhero Baru Dan.. The Mandarin

Kakimuvee

Christian Bale Botakkan Kepala Demi Wataknya Dalam Filem “Thor: Love & Thunder”

Kakimuvee

Justin Bieber Akan Buat Cameo Dalam Sitkom “Friends: The Reunion”

Kakimuvee