Berita

Avengers: Endgame Turut Berkempen Untuk Kategori Filem Terbaik Oscar

Views

Selepas Avengers: Endgame berjaya menjadi filem yang mendapat kutipan tertinggi sepanjang zaman, Disney dan Marvel Studios kini menumpukan misi terbaru mereka di peringkat pengiktirafan Oscar pula.

Kempen Oscar Avengers: Endgame tidak akan melibatkan bintang utamanya, Robert Downey Jr. yang meminta namanya tidak tersenarai dalam kempen Oscar bagi kategori “Best Actor”, tetapi Disney dan Marvel Studios tetap mempromosikan filem mereka agar tercalon dalam beberapa kategori utama termasuklah “Best Picture”.

Anda boleh lihat poster kempen Oscar mereka dibawah.

Kejayaan Avengers: Endgame yang mendapat kutipan tertinggi sepanjang zaman dan diminat para pengkritik serta peminat tidak memberi jaminan filem tersebut akan tercalon dalam kategori utama iaitu “Best Picture”. Penganalisis berpendapat, Avengers: Endgame perlu bersaing dengan beberapa filem hebat seperti Joker, A Beautiful Day in the Neighborhood, The Irishman, Ford v Ferrari, JoJo Rabbit, Little Woman, 1917 dan beberapa filem lain untuk tercalon dalam kategori utama tersebut.

Bagaimanapun, peluang masih terbuka, dan jika Avengers: Endgame tercalon dalam kategori “Best Picture”, mungkin ia memberi tamparan hebat kepada individu yang lantang mengkritik filem-filem ‘superhero’.

BACA:  Christina Hodson & Margot Robbie Kembali Bekerjasama Dalam Filem Terbaru Pirates Of The Caribbean

Jadi kepada para peminat, agaknya Avengers: Endgame akan tercalon dalam kategori mana? kongsikan pendapat anda.

shares