Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Avengers: Endgame Sudah Atasi Kutipan Asal Avatar


Jangan terkejut, Avengers: Endgame masih belum berjaya mengatasi kutipan sebenar filem Avatar, cuma filem Marvel itu telah berjaya mengatasi kutipan asal Avatar, yang mana kutipan tersebut tidak termasuk kutipan tayangan semula Avatar pada Ogos 2010.

Menurut sumber dari pengguna Reddit, Comrade_batman, kutipan terkini Avengers: Endgame telahpun mencecah $2,749,603,966 dolar, manakala kutipan Avatar sebelum ditayangkan semula pada 2010 adalah $2,749,064,328. (Anda boleh lihat gambar dibawah sebagai rujukan.)

Jika dilihat dari segi tayangan asal, secara rasminya Endgame telah mengatasi kutipan Avatar dengan perbezaan kutipan tiket sebanyak $539,638.

Apapun, jika dinilai dari kutipan sebenar, Avengers: Endgame masih perlu mencari sekurang-kurangnya $38.3 juta dolar untuk mengatasi Avatar. Dengan tayangan semula pada 28 Jun ini, filem Marvel itu dilihat berpeluang untuk mengatasi rekod kutipan Avatar.

“Avatar re-release vs Endgame re-release”, barulah perlawanan yang adil bukan?



Related posts

Avatar 3, 4, & 5 Ditunda, Disney Dedah Tarikh Baharu

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Seni Konsep “Avengers: Endgame” Menunjukkan Nebula Lakukan Penggorbanan

Kakimuvee

“Avatar Re-Release” Menampilkan Babak Pasca Kredit Berserta Kejutan Menjelang Debut “Avatar: The Way Of Water

Kakimuvee

Mampukah Avatar Menjadi Filem Pertama Yang Mencapai Kutipan AS$3 Billion?

Kakimuvee

Trailer Tayangan Semula “Avatar” Goda Kepulangan Epik Sci-Fi Ke Pawagam

Kakimuvee