Avengers: Endgame Semakin Hampir Mengatasi Avatar

0
106
views

Avengers: Endgame kini semakin hampir untuk memecahkan rekod yang dipegang oleh Avatar apabila kutipan terkini filem terbaru Marvel Studios, Avengers: Endgame telahpun melepasi angka $2.6 billion dollar seluruh dunia.

Dengan kutipan terbaru itu, Avengers: Endgame hanya memerlukan lebih kurang $173 juta dolar untuk mengatasi kutipan Avatar yang kini memegangan rekod kutipan seluruh dunia sebanyak $2.788 juta dolar.

Avengers: Endgame telahpun mengatasi Avatar untuk pasaran domestik Amerika Syarikat (AS) dengan kutipan sebanyak $780 juta dolar berbanding filem arahan James Cameron itu yang meraih $760 juta. Bagaimanapun, filem Marvel itu jauh ketinggalan dibelakang Star Wars: The Force Awakens yang masih mendominasi kedudukan carta teratas box office domestik AS.

Dengan Avengers: Endgame yang masih rancak ditayangkan di seluruh dunia, tidak mustahil domenasi yang dipegang Avatar selama sedekad bakal dipecahkan oleh Avengers: Endgame

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here