Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Avengers: Endgame: Pertemuan Santai Diantara The Ancient One & Hulk Dalam Lakaran Konsep Terbaru

Avengers: Endgame telah membawa pertemuan pertama diantara The Ancient One dan The Hulk. Meskipun bertubuh sasa dan sangat ditakuti penduduk Bumi, The Ancient One dengan mudah menewaskan ahli Avengers yang paling kuat itu dengan sekadar memberi tamparan manja didadanya.

Tetapi menurut pelukis Karla Ortiz, sebenar terdapat banyak lakaran konsep mengenai pertemuan diantara Sorcerer Supreme itu dengan Hulk, dan salah satu yang diminatinya adalah pertemuan yang cukup santai diantara kedua-dua mereka.

Lakaran konsep yang dikongsikannya memaparkan babak The Ancient One sedang bersantai sambil melihat kota New York sedang diserang Chitauri, sangat berbeza dari versi filem. Lebih menarik, babak tersebut sebenarnya telah dirakam dan menjadi salah satu babak dipotong Avengers: Endgame yang boleh didapati di Disney+.

Kami cuba mencari ‘deleted scene’ tersebut diserata ceruk laman Internet dan media sosial, tetapi tidak menjumpainya. Jadi, kami cuba sekadar dapat berkongsi lakaran konsep Ortiz bagi menggambarkan babak yang dipotong itu.

Anda boleh lihat lakaran konsep tersebut dibawah yang mana ia memaparkan The Ancient One sekadar berehat-rehat sambil menghirup air, melihat kemusnahan Kota New York, dan kongsikan pandangan anda kepada kami.

Related posts

Tonton Rakaman Terbaru Black Adam Menjelang Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

Pengakhiran Semakin Hampir – Netflix Dedah Teaser & Pandangan Pertama Money Heist, Part 5 Volume 2

Kakimuvee

Klip Pertama Eternals Tunjuk Kehebatan Kumpulan Superhero Melawan Raksasa Deviants

Kakimuvee

HBO Asia Original GENSAN PUNCH wins Kim Jiseok Award at Busan International Film Festival

Kakimuvee

The Batman Beri Peringatan Tentang Trailer Terbaru Di Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

DISNEY+ HOTSTAR BAWAKAN LEBIH KANDUNGAN BAHARU YANG TERUNGGUL DARI ASIA PASIFIK

Kakimuvee

Leave a Comment