Avengers: Endgame Kini Memerlukan $57 Juta Dolar Untuk Atasi Avatar

0
63
views

Avengers: Endgame terus berlari walaupun semakin penat ingin mengejar Avatar semata-mata untuk menjadi no. 1 dalam senarai kutipan filem paling laris sepanjang zaman.

Dengan kutipan terkini yang mencecah $2.732 bilion dolar, Avengers: Endgame kini memerlukan sekurang-kurangnya $57 juta dolar untuk menyingkirkan Avatar yang kini menduduki tangga pertama.

Walaupun menjadi filem yang paling pantas meraih angka $ 2 billion dalam tempoh 11 hari berbanding Avatar yang memerlukan masa 47 hari, kutipan Endgame semakin perlahan memandangkan saingan dari tayangan filem-filem hebat selepasnya.

Bagaimanapun, tidak mustahil untuk filem Marvel itu untuk terus mendaki memadanga filem tersebut masih ditayangkan diseluruh dunia termasuklah Malaysia.

Untuk info, Avatar telah memegang takhta kutipan filem paling laris sepanjang zaman untuk tempoh 10 tahun ini. Dengan kutipan sebanyak $2.788 billion dolar, kedudukannya mula tergugat selepas Avengers: Endgame ditayangkan pada April yang lalu.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here