Avengers: Endgame Berjaya ‘Snap’ Avatar Untuk Kuasai Kutipan Paling Laris Sepanjang Zaman

378
views

Pertarungan sengit diantara Avengers: Endgame dan Avatar nampak sudah berakhir apabila filem terbaru Marvel Studios itu berjaya mengatas rekod kutipan Avatar untuk menduduk tangga pertama kutipan paling laris sepanjang zaman.

Walaupun angka rasmi kutipan minggu box office Amerika Syarikat masih belum dikemaskini, Walt Disney Studios secara rasmi mengumumkan, Avengers: Endgame kini telah mengutip $2.789 billion dolar seluruh dunia, sekaligus menyingkirkan filem arahan James Cameron, Avatar yang mengutip $2.788 bilion dolar.

Sehingga Jumaat yang lalu, Endgame hanya memerlukan sekurang-kurangnya $500,000 dolar sahaja lagi untuk mengatasi Avatar. Bagaimanapun dijangkakan, jurang kutipan diantara kedua-dua filem itu akan diketahui Isnin ini selepas kutipan box-office mingguan dikemaskini.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan pengerusi bersama dan ketua pegawai kreatif Walt Disney Studios, Alan Horn.

A huge congratulations to the Marvel Studios and Walt Disney Studios teams, and thank you to the fans around the world who lifted Avengers: Endgame to these historic heights.”

Of course, even with the passage of a decade, the impact of James Cameron’s Avatar remains as powerful as ever, and the astonishing achievements of both of these films are ongoing proof of the power of movies to move people and bring them together in a shared experience. The talented filmmakers behind these worlds have much more in store, and we look forward to the future of both the Marvel Cinematic Universe and Pandora.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here