Avengers: Endgame Akan Kembali Ke Layar Perak Dengan Tambahan Babak-Babak Baru

393
views

Marvel Studios menerusi presidennya, Kevin Feige telah mengumumkan filem Avengers: Endgame akan kembali ke layar perak seminggu sebelum tayangan filem terbaru Marvel, Spider-Man: Far From Home yang akan ditayangkan pada 2 Julai ini.

Menurut Feige lagi, versi terbaru itu nanti lebih menjurus kepada strategi pemasaran, bukanlah versi tambahan. Bagaimanapun, mereka tetap memasukkan beberapa ‘deleted scene’, babak ‘post credit’, tribute dan beberapa kejutan untuk peminat.

“Not an extended cut, but there will be a version going into theaters with a bit of a marketing push with a few new things at the end of the movie,”

“If you stay and watch the movie, after the credits, there’ll be a deleted scene, a little tribute, and a few surprises. Which will be next weekend.”

Avengers: Endgame kini telah berjaya mengumpul $2.743 billion dolar, kurang $45 juta dolar dibelakang Avatar yang masih menguasai kutipan filem paling laris sepanjang zaman dengan kutipan sebanyak $2.788 billion dolar. Tetapi dengan tayangan semula pada minggu hadapan, Avengers: Endgame dijangka mampu untuk memotong kutipan filem Avatar. 

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada versi terbaru Avengers: Endgame akan ditayangkan di Malaysia ataupun tidak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here