Sebelum bermulanya konvensyen Comic-Con yang berlangsung di San Diego yang lalu, pengarah Joe dan Anthony Russo memaklumkan kepada media bahawa pengambaran Avengers: Infinity War sudah pun selesai dan mereka dalam proses post-production.
Kini selepas 4 minggu konvensyen tersebut, mereka mengumumkan secara rasmi, pengambaran filem kedua Avengers 4 telah pun bermula. Mereka memuatnaik gambar “sarung tangan” dengan caption “Beginning the end”
Setakat ini, tiada tajuk rasmi untuk filem keempat The Avengers itu dan Avengers 4 akan menutup fasa ketiga Marvel Cinematic Unvierse sebelum mereka menuju ke fasa keempat yang bakal menampilkan watak-watak baru dan fresh.
Avengers: Infinity War akan menyaksikan superhero Bumi bergabung dengan Guardians of the Galaxy dalam menentang Thanos yang sedang mengumpul Infinity Stone dan seterusnya menguasai galaksi.
Kedua-dua filem terbaru Avengers diarahkan oleh Joe dan Anthony Russo, manakala skrip ditulis oleh Christopher Markus dan Stephen McFeely.
Infinity War akan ditayangkan pada 4 May 2018 manakala Avengers 4 akan ditayangkan pada 3 May 2019