Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Avengers 4: Josh Brolin Sahkan Thanos Dan Captain Marvel Berkongsi Babak Yang Sama


Josh Brolin, yang membawa watak Thanos dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) mengesahkan bahawa beliau berkongsi sekurang-kurangnya satu babak dengan Captain Marvel dalam filem Avengers 4 akan datang.

Semasa ditemuramah oleh wartawan Total Film Magazine, beliau menceritakan serba sedikit tentang wataknya dan mendedahkan aktor-aktor yang berkongsi babak dengannya dalam filem Avengers akan datang. Salah seorang aktor yang disebut beliau adalah Brie Larson, pelakon yang membawakan watak Captain Marvel. Selain daripada itu, nama-nama lain yang disebut oleh aktor tersebut adalah Chris Evans (Captain America), Robert Downey, Jr. (Iron Man), Don Cheadle (War Machine), dan Chris Hemsworth (War Machine).

“I thought, ‘What the [frick] am I doing here?’ Because you’re in a onesie, man. You’ve got to walk around in a onesie and imagine yourself as an actor with some impact. It starts messing with your head. I’m Josh, who’s got dots on him, and a onesie, and a helmet can, and I’ve got Scarlett right there, and I’ve got Brie, and Don Cheadle, and Hemsworth, and Chris Evans, and Downey…I’m sitting there and I’m looking like I look, which is not 700lb and purple and eight feet tall. I mean, I’m feeling about as far from Jason Statham as one can feel at that moment, and yet I’m acting like I feel 10 times what Jason Statham is. I’m the man!” – Josh Brolin

Nama Brie Larson muncul dalam senarai pelakon filem Avengers 4 akan datang, tetapi terdapat beberapa peminat berharap, watak Captain Marvel akan muncul lebih awal dalam filem Avengers: Infinity War, setidak-tidaknya dalam babak ‘post credit’ walaupun nama pelakon berkenaan tidak tersenarai dalam barisan pelakon Infinity War.

Apapun kita nantikan penampilan kedua Captain Marvel dalam dunia MCU menerusi filem Avengers 4 dan menyaksikan kuasa yang ada pada karakter superheroin itu dalam menentang Thanos.


Avengers: Infinity War akan menemui penonton pada 25 April 2018 manakala Avengers 4 akan 3 May 2019


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee