Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Avengers 4, Filem Terakhir Chris Evans Sebagai Captain America?

Pelakon filem Avengers, Chris Evans hampir pasti tidak akan berlakon dalam filem-filem Marvel akan datang apabila mengesahkan filem Avengers 4 bakal menjadi filem terakhirnya sebagai Captain America.

Aktor tersebut mendedahkannya sendiri semasa ditemubual oleh wartawan New York Times


“You want to get off the train before they push you off,”

Chris Evans sebelum ini sudah beberapa kali menyatakan hasrat untuk tidak menyambung kembali kontraknya bersama Marvel Studios kerana ingin memberi tumpuan dalam bidang pengarahan.

Jika apa yang dikatakan oleh pelakon tersebut benar, teori peminat tentang kematian Captain America dalam filem Avengers: Infinity War atau Avengers 4 mungkin benar kerana pelakon tersebut tidak lagi menyambung kontraknya bersama Marvel Studios.

Chris Evans sudah 7 tahun membawa watak Captain America dalam Marvel Cinematic Universe dengan kemunculan pertamanya dalam filem Captain America: The First Avengers yang ditayangkan pada 2011. Sejak daripada itu, wataknya telah menjadi antara watak yang paling diminati oleh peminat. Jika Captain America dimatikan dalam filem Avengers akan datang, ia pasti akan memberi kesan emosi yang cukup tinggi kepada penonton terutamanya kepada peminat Captain America.

Tetapi bagaimana jika ia sebenarnya sekadar strategi pemasaran Marvel Studios bagi merancakkan lagi filem Avengers: Infinity War dan Avengers 4? berikan pendapat anda tentang keputusan yang dibuat oleh pelakon in, adakah ia sebagai gimik atau kenyataan serius dari Chris Evans

Related posts

Netflix Perbaharui Siri Antologi Animasi Dewasa “Love, Death + Robots”

Kakimuvee

Sony Rancang Filem “Karate Kid” Baharu

Kakimuvee

Durasi Tayangan “John Wick 4” Mungkin Paling Panjang Dalam Francais

Kakimuvee

Daryl Akan Berhadapan Dengan Zombi Yang Lebih Laju Dalam Spin-Off Terbaru “The Walking Dead”

Kakimuvee

Paramount Pictures Tetapkan Tarikh Tayangan “Sonic the Hedgehog 3”

Kakimuvee

Foto Belakang Tabir “Echo” Menampilkan Kepulangan Vincent D’Onofrio Sebagai Kingpin

Kakimuvee

Leave a Comment