Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

‘Avatar: The Way of Water’ Menjadi Filem Terbaru James Cameron Yang Mendapat Kutipan AS$2 Billion


Filem terbaru James Cameron, Avatar: The Way of Water terus menunjukkan prestasi baik walaupun sudah 6 minggu berada di pawagam. 

Sehinggakini, sekuel yang menelan belanja besar itu telah mengutip AS$597.9 juta di pasaran domestik AS dan AS$1.426 billion di pasaran antarabangsa, sekaligus menjadikan kutipan filem tersebut melebih AS$2 juta dolar – hanya enam filem yang berjaya mencapai kutipan sebanyak itu, menurut Deadline.

Ini juga bermakna, Cameron kini memiliki tiga filem dalam senarai 10 filem teratas dengan kutipan tertinggi sepanjang masa –  Avatar ($2.889B), Titanic ($2.207B), dan Avatar: The Way of Water ($2.023B).

Jika ia terus menambah kutipan sepanjang tayangannya di masa-masa akan datang, tidak mustahil ia mampu berada dalam senarai tiga teratas, hanya dibelakang Avengers: Endgame ($2.794B).

Ditetapkan sedekad selepas filem pertama, Avatar: the Way of Water  mengikuti bab seterusnya kehidupan Jake (Sam Worthington) dan Neytiri (Zoe Saldana) yang kini menjadi ibu bapa. Kehidupan bahagia dan damai keluarga mereka tiba-tiba berubah dengan kembalinya operasi perlombongan RDA di Pandora, yang dalam filem pertama, telah dikalahkan dan dihantar semula ke Bumi.


Filem terbaru ini menyaksikan beberapa pelakon asal akan kembali membawa watak masing-masing. Mereka terdiri daripada Sam Worthington, Zoe Saldana, Joel David Moore, Dileep Rao, Stephen Lang, Matt Gerald dan Sigourney Weaver.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Kate Winslet, Edie Falco, Michelle Yeoh, Vin Diesel, Jemaine Clement dan Oona Chapin dan beberapa pelakon muda yang lain.

Avatar: the Way of Water kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan

 


Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Deadpool 3 Akan Lebih Berani & Sangat ‘R-Rated’

Kakimuvee

Ancaman AI, James Cameron Telah Beri Amaran Pada 1984, Tapi Ramai Tidak Mahu Dengar

Kakimuvee

Peperangan Antara Manusia & A.I Dalam Trailer ‘The Creator’

Kakimuvee

James Cameron Sahkan Sekuel Alita: Battle Angel Sedang Dibangunkan

Kakimuvee