Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Avatar” Berjaya Memintas “Avengers: Endgame” Untuk Kuasai Kembali Taktha Filem Paling Laris Sepanjang Zaman


Avatar & Avengers: Endgame. Kredit: The Indian Express

Nampaknya, filem “Avatar” tak lapuk dek zaman, dan James Cameron tahu bagaimana untuk memintas “Avengers: Endgame” dan menguasai carta filem paling laris sepanjang zaman.

Walaupun dunia masih berhadapan dengan pandemik COVID-19, ia tidak menghalang “Avatar” untuk menayangkan semula filemnya di China dan mengutip $12.3 juta dolar dalam tempoh dua hari tayangan. Kutipan itu sudah cukup untuk “Avatar” memintas “Avengers: Endgame” dan kembali merampas kedudukan pertama. 

Kutipan keseluruhan “Avatar” kini berjumlah $2.80 billion dolar seluruh dunia, berbanding “Avengers: Endgame” dengan kutipan terkumpul sebanyak $2.79 billion dolar. Disney mungkin tidak tergesa-gesa untuk menayangkan semula “Avengers: Endgame” bagi merampas kembali kedudukan teratas. Ini kerana “Avatar” merupakan filem mereka selepas berjaya membeli Fox pada tahun 2019.   

Penerbit “Avatar” Jon Landau berkata, “Kami bangga mencapai kejayaan besar ini, tetapi Jim dan saya sangat gembira kerana filem ini kembali tayang di masa-masa yang belum pernah terjadi sebelumnya, dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat China kami atas sokongan mereka. Kami berusaha keras untuk filem Avatar seterusnya dan berharap dapat berkongsi kesinambungan kisah epik ini untuk tahun-tahun akan datang. “

“Avatar” pertama kali ditayangkan pada 2009, dan segera merampas kedudukan pertama dari “Titanic”, yang juga merupakan filem James Cameroon”, pada tahun 2010. Filem epik sains fiksyen itu bertahan selama 9 tahun di takhta filem paling laris sepanjang zaman, sebelum “Avengers: Endgame” merampas kedudukan pertama pada Julai 2019. 


James Cameron kini sedang sibuk dengan sekuel “Avatar 2” dan “Avatar 3” yang dijangka tayangan pada 16 Disember 2022 dan Disember 2024. Cameron mendedahkan, penggambaran kedua-dua filem sekuel itu telahpun selesai, kini mungkin sedang dalam fasa pasca-produksi.

Sekuel akan datang menyaksikan beberapa pelakon asal akan kembali membawa watak masing-masing. Mereka terdiri daripada Sam Worthington, Zoe Saldana, Joel David Moore, Dileep Rao, Stephen Lang, Matt Gerald dan Sigourney Weaver. Turut menyertai barisan pelakon adalah Kate Winslet, Edie Falco, Michelle Yeoh, Vin Diesel, Jemaine Clement dan Oona Chapin dan beberapa pelakon muda yang lain.

Watak Colonel Miles Quaritch lakonan Stephen Lang dilaporkan kembali dalam empat sekuel akan datang, dan menjadi penjahat utama sepanjang keseluruhan filem. Penggambaran Avatar 2 dan Avatar 3 telah bermula sejak 25 September 2017.

Sumber: Deadline


Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Showrunner The Last of Us Sedang Bangunkan Filem Baharu Pirates of the Caribbean

Kakimuvee

Disney+ Bakal Menyekat Perkongsian Kata Laluan Mulai Tahun Hadapan

Kakimuvee