Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Avatar 4 & 5 Bergantung Kepada Kejayaan Filem Avatar 2 & 3

Avatar Sekuel release date 2020

Walaupun James Cameron sebelum ini merancang untuk menghasilkan 4 sekuel Avatar, beliau menegaskan, filem keempat dan kelima akan dihasilkan bergantung pada kejayaan Avatar 2 baik dari segi kewangan dan juga penerimaan penonton dan pengkritik filem.

Filem pertama Avatar yang menerima kritikan yang sangat positif dari penonton serta pengkritik filem dan memberikan pulangan besar kepada pihak 20th Century Fox dengan kutipan sebanyak $2.788 billion dolar, James Cameron tidak diberi kebebasan sepenuhnya oleh studio berkenaan untuk menghasilkan 4 filem Avatar sekaligus.

Semasa ditemuramah oleh wartawan Vanity Fair, pihak Fox Studio telah melabur sebanyak $1 billion dolar untuk penghasilan dua sekuel pertama Avatar dan pengarah itu mengakui penghasilan filem keempat dan kelima sangat bergantung kepada jumlah kutipan tiket Avatar 2 dan 3. Jika gagal, dua filem terakhir mungkin tidak akan dihasilkan.

“Let’s face it, if Avatar 2 and 3 don’t make enough money, there’s not going to be a 4 and 5. They’re fully encapsulated stories in and of themselves. It builds across the five films to a greater kind of meta narrative, but they’re fully formed films in their own right, unlike, say, The Lord of the Rings trilogy, where you really just had to sort of go, “Oh, shit, all right, well I guess I better come back next year.” Even though that all worked and everybody did.”

Kini, penggambaran Avatar 2 dan 3 telah dijalankan serentak di New Zealand pada September yang lalu dan proses ‘post-production’ akan dijalankan mengikut turutan.

2 and 3 will be captured together and then [go through postproduction] sequentially.” If Fox isn’t happy with the box office returns of those two films, production will not resume and the fourth and fifth films will not be shot”. – James Cameron

Avatar 2 akan ditayangkan pada 18 Disember 2020 manakalan Avatar 3 pula akan ditayangkan pada 17 Disember 2021. Jika kedua-dua filem tersebut sukses, kita berpeluang menonton filem keempat dan kelima. Jika sebaliknya, kita boleh ucapkan selamat tinggal pada franchise Avatar,

Related posts

Trailer Uncharted Soroti Babak Yang Diambil Dari Permainan Video

Kakimuvee

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Kakimuvee

Strim Siri Hit Terkini & Filem Warner Bros. Di HBO GO Dengan Harga RM 23.30 Sebulan

Kakimuvee

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

Leave a Comment