Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Avatar 2 Telah Selesai Menjalani Penggambaran


Berita yang mungkin mengembirakan peminat-peminat Avatar. Filem sekuel yang paling dinantikan Avatar 2 telahpun selesai menjalani penggambarannya. Pekara tersebut diumumkan menerusi laman Twitter rasmi Avatar baru-baru ini.

Pengumuman tersebut turut disertakan sekali gambar belakang tabir set penggambaran yang menunjukkan kapal angkasa gergasi yang bakal membuat penampilan dalam sekuel akan datang.

Avatar 2 menyaksikan beberapa pelakon asal akan kembali membawakan watak masing-masing. Mereka terdiri daripada Sam Worthington, Zoe Saldana, Joel David Moore, Dileep Rao, Stephen Lang, Matt Gerald dan Sigourney Weaver.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Kate Winslet, Edie Falco, Michelle Yeoh, Vin Diesel, Jemaine Clement dan Oona Chapin dan beberapa pelakon muda yang lain.

Cameron sebelum ini mendedahkan bahawa watak Colonel Miles Quaritch lakonan Stephen Lang akan kembali dalam 4 sekuel akan datang, dan kekal menjadi watak penjahat sepanjang perjalanan keseluruhan filem. Penggambaran Avatar 2 dan Avatar 3 telah bermula sejak 25 September 2017.


Avatar 2 akan ditayangkan pada 17 Disember 2021, manakala Avatar 3 pada 22 Disember 2023. Filem Avatar 4 telah ditetapkan pada 19 Disember 2025 dan Avatar 5 pada 17 Disember 2027. Bagaimanapun, perancangan filem Avatar 4 dan bergantung pada kejayaan box office dua filem Avatar sebelum itu


Related posts

Avatar 3, 4, & 5 Ditunda, Disney Dedah Tarikh Baharu

Kakimuvee

“Avatar Re-Release” Menampilkan Babak Pasca Kredit Berserta Kejutan Menjelang Debut “Avatar: The Way Of Water

Kakimuvee

Mampukah Avatar Menjadi Filem Pertama Yang Mencapai Kutipan AS$3 Billion?

Kakimuvee

Trailer Tayangan Semula “Avatar” Goda Kepulangan Epik Sci-Fi Ke Pawagam

Kakimuvee

“Lightyear” Diharamkan Di 14 Buah Negara – Termasuk Malaysia

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Avatar: The Way of Water” Bawa Kita Kembali Ke Pandora

Kakimuvee