
Empire Magazine telah mendedahkan beberapa foto rasmi dan muka hadapan Avatar: The Way of the Water, mendedahkan peranan baharu bintang filem tersebut, Sigourney Weaver dalam sekuel arahan James Cameron yang ditunggu-tunggu.
Weaver disahkan akan membawa watak Kiri, seorang remaja Na’vi yang juga merupakan anak angkat Jake dan Neytiri.
Sigourney Weaver as Kiri graces (😉) the subscriber-exclusive cover of @EmpireMagazine. Experience #AvatarTheWayOfWater only in theaters December 16. pic.twitter.com/AZKmdl8Qeh
— 20th Century Studios (@20thcentury) July 1, 2022
“I think we all pretty much remember what we were feeling as adolescents,” Weaver tells Empire. "I felt strongly that Kiri would feel awkward a lot of the time. She’s searching for who she is. I was thrilled to be given that challenge by Jim.” #Avatarhttps://t.co/G3B1ZPZ0MV
— Empire Magazine (@empiremagazine) July 1, 2022
Bintang Alien itu sebelum ini memainkan peranan Dr. Grace Augustine, pakar eksobiologi yang merupakan ketua program Avatar RDA. Kerana kematian wataknya dalam filem tahun 2012, Cameron menyenaraikan bintang aksi veteran terkenal itu untuk memainkan watak remaja.
“Ia cabaran lakonan yang cukup besar,” kata Cameron.
“Kita mempunyai seorang pelakon berusia 60-an yang akan memainkan watak [sedekad lebih muda dari] usia sebenar beliau. Sig merasakan ia adalah menyeronokkan.”
Cameron turut menambah, “Sigourney menjadi lebih muda. Dia kelihatan sangat muda, penuh bertenaga, dan tidak pernah keluar dari peranan Kiri sepanjang tempoh penggambaran kami. Dia mempunyai cahaya di wajahnya, dan sangat bersemangat dan gembira dalam setiap langkahnya.”
Ditetapkan sedekad selepas filem pertama, Avatar 2 mengikuti bab seterusnya kehidupan Jake (Sam Worthington) dan Neytiri (Zoe Saldana) yang kini menjadi ibu bapa. Kehidupan bahagia dan damai keluarga mereka tiba-tiba berubah dengan kembalinya operasi perlombongan RDA di Pandora, yang dalam filem pertama, telah dikalahkan dan dihantar semula ke Bumi.
Avatar 2 menyaksikan beberapa pelakon asal akan kembali membawa watak masing-masing. Mereka terdiri daripada Sam Worthington, Zoe Saldana, Joel David Moore, Dileep Rao, Stephen Lang, Matt Gerald dan Sigourney Weaver. Turut menyertai barisan pelakon adalah Kate Winslet, Edie Falco, Michelle Yeoh, Vin Diesel, Jemaine Clement dan Oona Chapin dan beberapa pelakon muda yang lain.
Filem sekuel ini dijadualkan tayangan pada 16 Disember 2022