Satu lagi filem anime Jepun bakal di “Amerika”kan apabila sebuah studio produksi Hollywood dikatakan sedang berbincang dengan syarikat penerbitan Kodansha mengenai hakcipta siri mangga dan anime terkenal Jepun itu. Filem yang dimaksudkan ialah Attack On Titan, sebuah siri manga paling popular di Jepun
Menurut laporan Deadline, syarikat Warner Bros. merancang untuk membawa siri popular Jepun itu ke Hollywood dan menghasilkan dua remake filem live-action yang pernah dihasilkan oleh studio di Jepun.
“Fantastic Beasts and Where to Find Them” producer David Heyman may have found his next project as he will be handling the remake once the studio gets the rights for it.
Siri manga ini ditulis dan dilukis oleh Hajime Isayama dan telah sukses sejak ia mula diterbitkan pada 2009. Ia bukan saja diadaptasikan ke bentuk filem live-action, malah turut menghasilkan filem anime, siri novel, spin-off siri manga, siri televisyen anime dan juga diadaptasikan ke permainan video.
Dua filem remake versi Hollywood ini akan berdasarkan dari filem pertama, Attack on Titan yang ditayangkan pada 1 Ogos 2015 dan filem kedua berjudul, Attack on Titam: End of the World yang diterbitkan pada 19 September 2015.
Filem live action pertama dikatakan lebih berjaya dari filem kedua dan kedua-dua filem ini telah ditayangkan ke beberapa negara antaranya Malaysia, Singapura, Hong Kong, Australia, Russia dan juga US
Attack on Titan mengisahkan makhluk yang digelar Titans telah memakan manusia tanpa sebab yang kukuh. Apabila ibu Eren dimakan oleh makhluk tersebut, dia dan adik angkatnya, Mikasa dan rakan baiknya Armin telah menyertai Survey Corps, pasukan elite yang ditubuhkan untuk membunuh Titans.
Apa pendapat anda tentang berita terbaru ini?