Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

ATOMIC BLONDE 2 Mungkin Akan Dibangunkan Untuk Netflix

April tahun lalu, pelakon Charlize Theron mendedahkan bahawa sekuel Atomic Blonde bakal dihasilkan. Terbaru, terdapat laporan mendedahkan bahawa, filem kedua spy thriller itu mungkin akan dihasilkan untuk laman penstriman popular, Netflix.

Setakat ini tidak dipastikan penglibatan syarikat penerbitan 87Eleven, tetapi dijangkakan penerbit asal Kelly McCormack, dan Theron serta pengarah David Leitch akan kembali dalam sekuel akan datang. Bagaimanapun, peminat perlu menantikan pengesahan rasmi.


Berlatarbelakangkan tahun 1989, Atomic Blonde mengisahkan tentang seorang perisik Mi16 yang menjalankan satu tugasan pengintipan di Berlin, Jerman.  Lorraine Broughton (lakonan Charlize Theron) perlu mencari seorang individu yang memiliki senarai nama perisik ‘double agent’ dan perlu mendapatkan senarai tersebut dari jatuh ke tangan musuh.

Atomic Blonde merupakan filem solo pertama arahan David Leitch dan ia turut dibintangi oleh James McAvoy dan Sofia Boutella. Dihasilkan dengan kos pembikinan sebanyak $30 juta dolar, Atomic Blonde berjaya mengutip $93 jutal dolar seluruh dunia.

Related posts

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Trailer “Baymax!” Tetapkan Debut Spin-Off “Big Hero 6” Di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Bos Sony Pictures Beri Perkembangan Terbaru Tentang “Spider-Man 4”

Kakimuvee

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Leave a Comment