Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

ASTRO SIAR TAYANGAN EKSKLUSIF ‘ALL TOGETHER NOW MALAYSIA’ SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-25

Bagi menyemarakkan lagi sambutan ulang tahun Astro ke-25 dan tanda penghargaan buat para pelanggan yang setia, Astro dengan berbesar hati membawakan tayangan ‘All Together Now Malaysia’ atau ‘ATNMY’ secara eksklusif di saluran Astro Ria dan platform digital.

Menepati tagline ‘Bersatu Dengan Lagu’ dan konsep program yang mengangkat semangat muhibah dan kebersamaan di kalangan rakyat Malaysia, pentas ‘ATNMY’ bakal dibuka dengan sebuah episod istimewa Astro ke-25 yang dijadualkan untuk bersiaran secara eksklusif pada hari Sabtu, 11 September 2021, jam 10.00  malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.


Manakala konsert mingguan selama 10 minggu pula akan mengisi slot hari Ahad, jam 9.00 malam bermula dengan tayangan konsert minggu pertama pada 12 September 2021.

Menurut Raqim Ahmad, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro yang mewakili saluran Astro Ria, “Alhamdulillah, kini segalanya telah selesai dan kami ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat. Justeru, fokus penting yang menjadi keutamaan kami adalah untuk bergerak ke hadapan demi memastikan variasi kandungan terbaik dapat terus disajikan khusus buat pelanggan kami.

Para penonton bakal disajikan dengan tayangan episod istimewa ‘ATNMY’ secara eksklusif yang menampilkan bintang-bintang kelahiran program hiburan popular terbitan Astro seperti Akademi Fantasia, Big Stage, Maharaja Lawak Superstar, The Masked Singer Malaysia, Gegar Vaganza, Ceria Popstar, Kilauan Emas, Golden Melodies dan sebagainya. Ini diikuti dengan tayangan musim pertama bermula Ahad ini selama 10 minggu yang pastinya sesuai untuk dinikmati oleh seisi keluarga.”

Untuk makluman, program realiti ‘ATNMY’ ialah sebuah pertandingan nyanyian adaptasi daripada format antarabangsa popular ‘All Together Now’ yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One. Malaysia merupakan negara ke-17 di dunia dan yang pertama di Asia Tenggara menerbitkan program ini untuk versi tempatan.

Selebriti popular, Sherry Al Hadad menggalas tanggungjawab selaku hos pentas utama. Manakala program kapsul ‘Di Sebalik All Together Now Malaysia’ pula dikendalikan oleh gandingan Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar.

Pengacara, Aswad Jalil dan personaliti media sosial yang ini bergelar pelakon, Norreen Iman pula digandingkan sebagai ‘Hos’ program ‘All Together Now Malaysia Live Plus’ yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Seramai 50 juri daripada barisan penggiat seni tersohor tanah air merangkumi pelbagai cabang seni yang berbeza seperti penyanyi, pelakon, pelawak, penyampai radio, pengacara dan personaliti media sosial telah dilantik untuk mengadili program ini yang diketuai oleh selebriti popular Dato’ AC Mizal selaku ‘Kapten Juri’.

Nasib para peserta akan diadili oleh barisan 50 juri profesional berdasarkan sistem penjurian kalah mati. Setiap juri mewakili dua markah. Dua peserta yang mendapat markah tertinggi pada setiap episod akan mara ke peringkat akhir ‘ATNMY Final’ untuk merebut gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Penerbitan ‘ATNMY’ turut disokong oleh Gempak dan Ria X yang turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA, HITZ dan RAAGA pula hadir sebagai Rakan Radio Rasmi.

Related posts

Saksikan Ash & Aish di Saluran Astro Ria Pada Setiap Isnin Hingga Khamis, 10 Malam

Zulaikha

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

“Ejen Ali” Musim 3 Bahagian Kedua Akan Dilancarkan Secara Eksklusif di Disney+ Hotstar Disember Ini

Kakimuvee

Trailer & Poster Rasmi ABANG LONG FADIL 3 Telah Dilancarkan!

Kakimuvee

Air Tiada, “Kalut Nak Kahwin” – Akan Datang 4 Ogos Ini Di Astro First

Kakimuvee

KERJASAMA EKSKLUSIF ANTARA SUKE TV DAN iQIYI SAJIKAN RANCANGAN TEMPATAN BUAT PENONTON ANTARABANGSA

Kakimuvee

Leave a Comment