Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Astro Shaw Lancarkan Trailer Terbaru Hantu Kak Limah

Selepas melancarkan trailer pertama filem Hantu Kak Limah beberapa hari lepas, Astro Shaw telah mengeluarkan sebuah lagi trailer filem seram komedi arahan Mamat Khalid itu. Anda boleh tontonnya dipemain video dibawah.

Mengisahkan tentang Kak Limah yang telah ditemui mati oleh Khuda, Hussin dan Wani. Sejak dari itu, hantunya sering dilihat merayau di sekitar Kampung Pisang, membuatkan penduduk ketakutan. Encik Solihin kemudian cuba membantu untuk menghalau hantu itu keluar dari kampung. Hussin cemburu apabila penduduk kampung mula percaya dan berharap kepada Encik Solihin. Bagaimanapun, tragedi di sebalik kematian Kak Limah masih belum diketahui.

Mamat Khalid kembali menjadi pengarah filem ini. Antara pelakon yanng membintangi filem seram komedi ini adalah Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Uqasha Senrose, Mus May dan ramai lagi.

Hantu Kak Limah akan menemui penonton pada 9 Ogos 2018.

Related posts

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment