Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Perancangan filem aksi langsung Keluang Man kembali bernafas selepas Astro Shaw dilaporkan telah menandatangani lesen hak cipta adaptasi ke filem bersama pemegang IP Keluang Man, Iconic Animation Studios Sdn. Bhd. baru-baru ini. 

Menurut Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, kerjasama itu menjadi titik permulaan buat kedua-dua studio itu dalam memperkenalkan semula animasi adiwira legenda kepada generasi baharu. 


“Kami percaya jenama Keluang Man amat besar dalam industri seni animasi tempatan dan mempunyai peminat tersendiri yang membesar bersama siri animasi ini.

“Meskipun jenama ini telah lama disiarkan, namun apabila ia diulang tayang selepas 10 tahun kemudian, ia masih mendapat sambutan baik dan itu membuktikan animasi adiwira ini mampu meninggalkan kesan di hati penonton dan sentiasa relevan mengikut peredaran zaman.

“Kami harap berita baik ini dapat memberi keterujaan buat peminat dan sekali gus dapat membuktikan karya animasi tempatan mampu diangkat ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan (via Astro Awani).

Keluang Man merupakan antara siri animasi tempatan yang cukup popular pada penghujung 90-an dan awal 2000. Ia juga merupakan animasi adiwira pertama tanah. 

Diilhamkan oleh Allahyarham Kamarudin Ismail, bersama pengasas dan pemilik UAS Animation, Natasha Md. Noor, animasi ini pertama kali diperkenalkan kepada penonton pada tahun 1998. 

Keluang Man telah disiarkan selama 7 musim dengan lebih 140 episod. Ia menampilkan jalan cerita yang unik, mempamerkan adiwira yang diinspirasikan oleh Keluang dan turut diselitkan dengan elemen komedi. 

Watak Borhan, yang juga Keluang Man adalah seorang pesakit di sebuah hospital mental di Tumpoi dan berubah menjadi adiwira bagi membanteras jenayah pada waktu malam dengan bantuan rakannya, Tiong Man.

Adaptasi Keluang Man telah dirancang sekitar 2017 oleh syarikat produksi Ace Motion Pictures dengan Rizal Halim sebagai pengarah. Namun, perancangannya terbantut pada 2018 selepas Rizal berundur dari projek dan isu hak cipta. Sejak itu, tiada perkembangan terkini mengenai filem tersebut.

Setakat ini, butiran lanjut mengenai plot dan pelakon masih belum didedahkan Astro Shaw.

Related posts

[VIDEO] Nathalie Emmanuel Terperangkap Dalam Perkahwinan Pontianak Dalam Trailer “The Invitation”

Kakimuvee

HBO Dedah Poster Rasmi “House of the Dragon”

Kakimuvee

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

“Mat Kilau” Terus Tambah Kutipan Tiket, Kumpul RM3 Juta Dalam Tempoh 3 Hari

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Leave a Comment