Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

ASTRO RIA TAMPIL KELAINAN LEBIH BERANI MENERUSI DRAMA ‘SCAMMER’

Penceritaan ‘Scammer’ dedah modus operandi skim pengubahan wang haram, sarat dengan plot twist untuk beri kesedaran

Drama bersiri ‘Scammer’ ialah sebuah karya asal yang mengangkat genre jenayah dan aksi terbitan syarikat produksi Radius One Sdn Bhd. Drama 20 episod arahan pengarah Norhanisham Muhammad ini turut menampilkan Shahrulezad Mohameddin dan Fazli Haji Baharom selaku penerbit. 

Lebih istimewa, drama ini turut menampilkan lagu istimewa ‘Duit’ nyanyian Meerfly dan lagu ‘Emosi’ nyanyian Benzoloo ft Khodi sebagai lagu runut bunyi.

Drama ‘Scammer’ ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

SINOPSIS

Joe (lakonan Kamal Adli) bertugas sebagai pegawai di sebuah bank antarabangsa di ibukota. Tugas utama Joe adalah mengawal keselamatan semua aktiviti perbankan pemegang akaun di bank cawangannya. Apabila diberhentikan kerja, Joe menjadi hilang arah untuk mencari wang untuk menanggung keluarganya.

Joe bertemu semula dengan kekasih lamanya, Amy (lakonan Siti Saleha) yang bekerja sebagai peguambela jenayah. Amy menawarkan kerja kepada Joe untuk memindahkan wang secara haram untuk klien-kliennya. Kerana terdesak, Joe menerima tawaran Amy dan berjaya memindahkan wang-wang tersebut tanpa dikesan oleh Bank Negara.

Kepakaran Joe menarik perhatian Uncle Wong (Chew Kin Wah), seorang ketua kongsi gelap di Kuala Lumpur. Uncle Wong mengupah Joe dan Amy untuk ‘mencuci’ wang haramnya setiap bulan. Aktiviti ‘cuci’ duit Joe dan Amy akhirnya dapat dikesan oleh pihak polis, diketuai oleh Darus (Hasnul Rahmat) dan Kahar (Muaz Fitri). Joe diugut akan dipenjarakan jika dia tidak mahu bekerjasama dengan Darus untuk menghentikan aktiviti ‘cuci’ duit Uncle Wong dan Amy.

Related posts

Strim SYOK Podcast baharu, ‘Terkejutawan’ eksklusif di aplikasi SYOK!

Zulaikha

VIU Dedah Trailer Rasmi & Tarikh Tayangan “Black” Musim Ke-2

Kakimuvee

Filem-Filem Rebel & Liar Yusof Haslam Di MUBI Jun Ini

Kakimuvee

Lebih Banyak Pilihan Kanak-Kanak di Musim Cuti Sekolah ini

Kakimuvee

SIARAN ‘HATI YANG DIKHIANATI’ DIREHATKAN SUSULAN KEKANGAN PKP 3.0

Isqandar

Siri Original Viu “Black” Bakal Kembali Dengan Musim Kedua

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating