Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

ASTRO RIA SAJI DUA DRAMA RANTAIAN BAHARU SECARA ‘BACK-TO-BACK’

Istimewa buat peminat drama Melayu tempatan, dua buah naskhah baharu menampilkan karya asal dengan genre yang berbeza bakal dihidangkan secara ‘back-to-back’ untuk menghiburkan malam anda pada setiap hari Isnin hingga Khamis di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, kedua-dua drama tersebut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand. 

Drama ‘Hawa’ terbitan Infinitus Productions Sdn. Bhd yang mengangkat genre kekeluargaan bakal mengambil alih slot Megadrama pada jam 10.00 malam bagi menggantikan drama ‘Cik Ayu Mee Sanggul’ bermula 24 Ogos 2021.

Drama ini menampilkan sutradara dan aktor berbakat Tam Suhaimi selaku pengarah dan penulis skrip. Manakala bekas aktres yang kini lebih selesa bergerak aktif dengan kerja di belakang tabir sebagai pengarah dan penulis skrip, Baizura Kahar turut menyertai Tam sebagai panel skrip.

Manakala drama ‘Malaysian Ghost Stories’ terbitan Arie Zaharie Production Sdn. Bhd. yang mengetengahkan genre seram pula bakal menggantikan drama sekuel ‘Saga 2.0’ pada jam 11.00  malam  bermula 25 Ogos 2021.

Idea asal drama ini diilhamkan oleh Syawal Azrai serta turut mendapat sentuhan tiga pengarah berbeza yang terdiri daripada Izuan Mokhtar, Azhari Zain dan Eoon Shuhaini. Manakala panel skrip pula dibarisi oleh Srikandi Emma, Aloy Paradoks, Epy Kodiang dan Amar Amir.

Related posts

REMP-IT 2 Bakal Mencetuskan Fenomena Selepas 16 Tahun

Kakimuvee

Nad Zainal Tercalon Dalam Kategori Pelakon Wanita Terbaik Asian Academy Creative Awards (AACA) 2022.

Kakimuvee

[TRAILER] Kisah Pencuri 1 Sen Diceritakan Dalam Siri Terbaru Astro “One Cent Thief”

Kakimuvee

Korsakoff dinobatkan Filem Psikologi Terbaik di Festival Filem Dunia Cannes (CWFF)

Kakimuvee

Saksikan Tiada Maaf Buatmu di Saluran Astro Ria Bermula 28 September Ini

Kakimuvee

Syamsul Yusof Umum “The Original Gangster”

Kakimuvee

Leave a Comment