Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

ASTRO RIA ANGKAT GENRE SUKAN DALAM DRAMA ‘RATU TEN PIN’


Produksi turut bawa masuk khidmat Ratu Tenpin Boling Negara, Shalin Zulkifli sebagai penasihat teknikal untuk dapatkan ‘feel’ sebenar

Drama bersiri ‘Ratu Ten Pin’ ialah sebuah naskhah asal yang mengetengahkan penceritaan bertemakan sukan boling terbitan syarikat produksi JS Pictures Sdn. Bhd. Drama 16 episod ini turut mendapat sentuhan Azman Yahya atau lebih sinonim dengan panggilan Jinggo selaku pengarah serta Rozse Faisal dan Chinta Adeesha selaku penulis skrip.

Drama ‘Ratu Ten Pin’ menampilkan Elisya Sandha, Syaidatul Afifah dan Fify Azmi selaku teraju utama. Antara nama-nama besar lain yang membintangi drama menarik ini termasuklah Hazeeq Dean, Nazim Othman, Sheila Rusly, Nasz Sally, Eizlan Yusof, Aleeza Kasim, Esma Daniel dan Lisdawati.

Lebih istimewa lagi, ratu tenpin boling negara yang juga merupakan bekas juara dunia, Shalin Zulkifli turut dilantik sebagai penasihat teknikal untuk drama ini agar dapat berkongsi kepakaran sekaligus memberi informasi yang lebih tepat berkenaan teknik sukan boling.

Drama ‘Ratu Ten Pin’ akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 28 Jun 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.


Related posts

HEIST DILADHA: Telefilem Arahan Zizan Razak & Issey Fazlisham Akan Ditayangkan Pada Hari Raya Aidil Adha

Kakimuvee

Perdamaian Perceraian Menerusi ‘Cina Buta’, Akan Mula Tayangan Pada 9 November Ini

Kakimuvee

Saksikan Tiada Maaf Buatmu di Saluran Astro Ria Bermula 28 September Ini

Kakimuvee

Saksikan Ash & Aish di Saluran Astro Ria Pada Setiap Isnin Hingga Khamis, 10 Malam

Zulaikha

Saksikan Drama Bersiri Lockdown 2 Di Saluran Astro Ria Bermula 6 Jun Ini

Kakimuvee

Saksikan “Setelah Terlafaznya Akad 2” Di Saluran Astro Ria Bermula 1 Jun Ini

Kakimuvee