Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Astro Menawarkan Saluran Percuma Dari 11 hingga 21 Februari


Kepada pelanggan Astro, ini berita baik buat anda. Astro melanjutkan preview percuma saluran filem terpilih di TV dan Astro Go untuk semua pelanggan bermula 11 hingga 21 Februari ini.

Ini bagi menghargai pelanggan selepas memenangi anugerag di Putra Brands Awards 2020. Digelar sebagai People’s Choice Award, Putra Brand Awards mengiktiraf pembinaan jenama sebagai pelaburan perniagaan dan diukur berdasarkan pilihan pengguna.

Pelanggan Astro akan dapat menikmati hiburan tanpa henti dari filem blockbuster terbesar di HBO (CH411 HD / CH431), FOX Movies (CH413 HD / CH433), FOX Action Movies HD (CH415), FOX Family Movies HD (CH414), CINEMAX ( CH412 HD / CH432) dan Filem tvN HD (CH416).

Ini termasuk blockbuster Hollywood yang popular seperti Birds of Prey and the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn, Spider-Man: Far From Home di HBO, Bad Boys for Life dan Little Women di Fox Movies.

Kanak-kanak boleh menonton animasi popular seperti Despicable Me 2 dan filem aksi-komedi Sonic The Hedgehog di saluran HBO.


Bagi peminat filem Korea pula, anda dapat melihat bintang-bintang sensasi di tvN Movies termasuk sekuel Train to Busan, Peninsula, Okay! Madam dan Tazza: The High Rollers and Love + Sling.

Di samping itu, pelanggan Astro juga dapat menikmati tontonan percuma dari semua saluran Pek Kanak-kanak dan Berita (kecuali SKY News) hingga 18 Februari dan HITS Movies HD (CH401) yang memaparkan blockbuster dari tahun 60-an hingga 90-an seperti Jaws 3-D, Edward Scissorhands dan Back to the Future di TV dan Astro GO hingga 21 Februari 2021.

Sumber: Astro Awani


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee