Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar

Pelanggan ‘Movies Pack’ Astro akan dapat strim Disney+ Hotstar

Siaran Media

Astro teruja mengumumkan pelantikannya oleh The Walt Disney  Company sebagai pengedar rasmi untuk perkhidmatan penstriman yang dinantikan, Disney+ Hotstar, di Malaysia yang akan dilancarkan pada 1 Jun 2021. Pelanggan Astro akan dapat strim lebih daripada  800 filem dan 18,000 kandungan episod Disney yang menakjubkan pada aplikasi Disney+ Hotstar.  Astro berusaha untuk menyediakan kandungan Disney+ Hotstar menerusi kotak Ultra dan Ulti yang  disambungkan, pada tahun ini kelak dan memberikan kemudahan hiburan sehenti kepada pelanggan  Astro.  

Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, berkata, “Kami gembira dapat menjadi pengedar  rasmi Disney+ Hotstar di Malaysia dan akan mengagregasikan lebih banyak kandungan bertaraf dunia  di platform kami. Tidak lama lagi, pelanggan dapat menikmati kandungan hebat dari Disney+ Hotstar, tambahan kepada kandungan terbaik Astro, kandungan tempatan, karya asli yang memenangi  anugerah, dan kandungan sukan yang tiada tandingannya, yang menjadikan kami destinasi hiburan  yang tidak disangkal lagi oleh rakyat Malaysia.” 

“Pelanggan ‘Movies Pack’ kami akan dapat strim hiburan bertaraf dunia di Disney+ Hotstar hanya  dengan tambahan RM5 sebulan, sementara pelanggan selain ‘Movies Pack’ juga dapat menikmati  Disney+ Hotstar melalui ‘bundle’ nilai menarik yang lain. Ini adalah permulaan yang baik untuk tahun  penuh aksi di mana kami akan mengagregasikan perkhidmatan penstriman langganan video ‘on  demand’ (SVOD), memberikan pelanggan kami pelbagai jenis hiburan untuk dipilih, yang memberi nilai  dan kemudahan.” 

David Shin, Pengurus Besar, The Walt Disney Company di Taiwan, Hong Kong dan Asia Tenggara,  berkata, “Kami teruja untuk melancarkan Disney+ Hotstar kepada para pengguna di Malaysia dan juga  bekerjasama rapat dengan Astro untuk memberikan hiburan yang terbaik. Dari kandungan klasik  Disney yang ikonik, hinggakan siri Disney+ Original yang baharu, kandungan terbaik dari pengarah  Malaysia, pembuat filem dan pelakon-pelakon serta siri dan filem Asia, pastinya ada sesuatu untuk  dinikmati oleh semua peringkat umur.” 

Disney+ Hotstar adalah destinasi penstriman untuk kandungan global dan Malaysia. Ia menyatukan  filem-filem pecah panggung Hollywood dan kandungan yang memenangi anugerah dari Disney,  Marvel, Star Wars, Pixar, National Geographic, FX, 20th Century Studios dan banyak lagi, yang juga  merangkumi tayangan perdana eksklusif dan tayangan pecah panggung dari studio terkemuka di  Malaysia.

Disediakan pada peranti bersambung internet yang serasi, Disney+ Hotstar menawarkan  kandungan bebas komersil dengan pelbagai filem asli panjang, siri aksi langsung dan animasi,  kandungan format pendek dan dokumentari, termasuk siri seperti The Mandalorian, WandaVision dan  The Falcon and The Winter Soldier dan filem-filem seperti Avengers: Endgame, Aladdin dan Frozen 2.  Disney+ Hotstar juga akan menampilkan simpanan kandungan yang luas untuk penerbitan pawagam  Malaysia yang memenangi anugerah, dan kandungan hebat tempatan seperti J2: J Retribusi,  Zombitopia, Ada Hantu, Ejen Ali, Upin & Ipin dan banyak lagi. 

Mulai 4 Mei, pelanggan boleh mula mendaftar untuk mendapatkan ‘Movies Pack’ yang disertakan  dengan Disney+ Hotstar pada 1 Jun melalui WhatsApp +603-95433838, Saluran 200,  astro.com.my/Disney, dan juga menerusi pengedar dan pembekal yang sah. 

Related posts

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

Alec Baldwin Secara Tidak Sengaja Menembak Mati Sinematografer & Mencederakan Pengarah Di Set Penggambaran “Rust”

Kakimuvee

Trailer Uncharted Soroti Babak Yang Diambil Dari Permainan Video

Kakimuvee

Leave a Comment