Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Astro Beri Akses Tontonan Percuma Untuk Semua Saluran Filem & Korea Mulai 29 Januari – 6 Februari 2022


Siaran Media

Bagi meraikan kemenangan di majlis Anugerah Putra Brand 2021 dan sebagai tanda penghargaan di atas sokongan pelanggan selama ini, Astro akan memberi akses tontonan komplimentari untuk semua saluran filem dan Korea di platform TV dan Astro GO mulai 29 Januari ini hingga 6 Februari 2022. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata, “Kami begitu teruja apabila Astro sekali lagi dipilih oleh rakyat Malaysia sebagai jenama media utama mereka. Tahun ini dilihat lebih istimewa buat kami kerana diumumkan sebagai pemenang kepada bukan sahaja satu kategori, malah empat kategori utama – anugerah Platinum untuk Astro secara keseluruhan, kategori Perak untuk Go Shop dan kemenangan berganda dengan dua lagi anugerah Perak untuk radio, ERA dan HITZ. Saya dengan ini ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan dan pendengar Astro di atas sokongan yang diberikan selama ini. Terima kasih, rakyat Malaysia!”

Pelanggan Astro boleh nikmati sajian menarik filem-filem pecah panggung dan banyak lagi program-program menarik yang lain di saluran *HBO HD (CH411), HBO Family (CH414), HBO Hits (CH415), Hits Movies HD (CH401), Cinemax HD (CH412), Showcase Movies (CH413), tvN Movies HD (CH416), Citra HD (CH108), Thangathirai (CH241), BollyOne HD (CH251), Celestial Movies HD (CH309), Oh!K HD (CH394), tvN HD (CH395) dan BOO HD (CH404). Menariknya lagi, pelanggan juga boleh strim pelbagai program variasi Korea dan rangkaian drama bersiri di saluran eksklusif Astro GO, K-PLUS HD.

Dalam pada itu, pelanggan Go Shop pula akan diberi tawaran diskaun sebanyak RM10 untuk sebarang pembelian berharga RM100 dan ke atas dengan menggunakan kod promo: PUTRATQ10 mulai 24 Januari hingga 6 Februari.


*Akses tontonan komplimentari HBO HD (Ch411), HBO Family (Ch414), HBO Hits (Ch415), Cinemax HD (Ch412) dan Hits Movies HD (Ch401) hanya boleh dinikmati di saluran linear (televisyen) dan di Astro GO. Ia tidak disediakan di platform On Demand.


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee