Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Assassin’s Creed Review

assassins-creed-film-header-1280jpg-685176_1280w

Assassin’s Creed adalah permainan video action-adventure yang dihasilkan oleh Ubisoft dan sangat terkenal dikalangan gamers. Permainan video ini telah dihasilkan pada 2007 dan telah terjual sehingga 93 juta cetakkan sejak ia dilancarkan.

Berdasarkan dari populariti tersebut, permainan video ini telah diadaptasi ke bentuk Novel dan novel pertama telah diterbitkan pada 2009 dengan berjudul Renaissance. Sebanyak 8 judul novel telah diterbitkan dan kesemuanya diadaptasikan dari tajuk-tajuk permainan video tersebut dengan yang terakhir diterbitkan pada 2015 berjudul Underworld.

Pembuat permainan video ini, Ubisoft kemudian melangkah setapak lagi dalam mengembangkan jenama Assasin’s Creed dengan mula menghasilkan filem live action. Dengan kerjasama produksi New Regency, mereka mula membuat pre production pada 2015 dan selesai pada awal 2016.

Namun, pembikinan filem yang berasaskan permainan video ini mengundang sedikit spekulasi dikalangan peminat adakah filem ini dapat keluar dari sumpahan yang melanda filem-filem yang berasaskan permainan video kerana filem-filem seperti ini seringkali gagal dan menerima kecaman yang teruk kerana kualiti filem yang teruk dan plot membosankan.

img_6087

Sebelum Assassin’s Creed ditayangkan dipawagam, ia telah menerima review negatif dari editor-editor laman hiburan. Kebanyakkan mereka kecewa kerana filem Assassin’s Creed tidak seperti yang mereka harapkan dan sama mutunya seperti filem-filem lain.

jadi, ntuk memastikan reveiw mereka benar ataupun tidak, kami telah menonton filem ini pada hari pertama, dan apa yang diperkatakan ternyata benar. Walaupun aksi-aksi yang ditampilkan cukup memberangsangkan dan effek CGI yang begitu Umphh!, Plot filem pula menjadi batu penghalang untuk filem ini keluar dari sumpahan filem permainan video.

Storyline agak mengelirukan, bosan dan banyak part-part dalam filem ini boleh dipersoalkan. Sampaikan kami tertanya apa cerita yang cuba disampaikan apabila menonton filem ini. Mungkin mereka terlampau menumpukan aksi-aksi lagak ngeri sampai mengabaikan plot filem

Hanya mutu lakonan Michael Fassbender dan Jeremy Irons yang begitu berkesan sahaja mampu mengelakkan filem ini dari menyertai kegagalan filem-filem seperti ini. Thanks Mr. Magneto, anda adalah hero yang menyelamatkan filem ini dari totally fail!

img_6088

Filem Assassin’S Creed ini mengisahkan sekumpulan Assassin yang cuba melindungi artifak dari diambil oleh golongan Templar dan mengelakan artifak tersebut dari jatuh ditangan mereka dan mengelakkan manusia dari dikawal oleh golongan Templar secara total. Ia berlatarbelakangkan zaman kurun ke-15 dan masa kini.

Setakat ini, filem Assassin’s Creed hanya dapat 20% penerimaan penonton di rottentomatoes.com dan 37% di metacritic. Rata-rata bercerita tentang plot filem yang begitu fail.

Apa pun, untuk aksi lagak ngeri, efek CGI, dan aksi tempur, filem ini sangat terbaik, malah lagi hebat dari filem-filem aksi permainan video seperti Mortal Kombat, Max Pyane, Resident Evil dan Prince of Persia. Tak berkelip mata apabila melihat babak-babak tersebut terutama semasa Agular dan rakannya melarikan diri dari tempat hukuman mati. Terjunan “Leap of Faith”? fuh berdebar jantung.

Untuk filem ini, kami berikan 6.5/10 sahaja. Jika storyline filem ini menarik dan tak mengelirukan, kami percaya filem ini mampu setanding dengan filem Rogue One yang ditayangkan seminggu lebih awal.

 

Related posts

Review Filem: Shazam! Fury Of The Gods (2023)

Kakimuvee

Review Filem: John Wick: Chapter 4 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Imaginur (2023)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Ant-Man and the Wasp: Quantumania (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Fabelmans (2022)

Kakimuvee

Review Filem: Harum Malam (2023)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment