ASSASSIN’S CREED – BERJAYA ATAU GAGAL?
– Minor Spoiler Alert –
Tahukah korang, banyak filem live action yang berdasarkan dari permainan video menerima reputasi buruk dikalangan penonton dan pengkritik filem.
Namakan sahaja dari Street Fighter, trilogi Mortal Kombat, Tekken, The King of Fighter dan Final Fantasy, kesemuanya mendapat rating yang rendah dari kalangan penonton.
Mujur Warcraft dapat diterima peminat filem walapun pengkritik melabelkan filem tersebut sekadar “biasa-biasa” aje.
Hanya Resident Evil yang mampu bertahan sehingga ke sekuel terakhir, The Final Chapter yang akan ditayangkan tahun hadapan. Tapi perhatikan rating yang diterima, hampir kesemua filemnya mendapat rating yang sederhana.
Kenapa kebanyakan filem seperti ini gagal? Mudah, Membuat filem berdasarkan permainan video lebih sukar dari yang berdasarkan komik.
Ini disebabkan pembikin filem perlu mencipta plot yang menarik, releven dan dalam masa yang sama karakter dan originaliti perlu dikekal seperti dalam game. Tidak seperti filem berdasarkan komik kerana plot dan karakter sudah tersedia, cuma perlu mengolah dan twist sedikit untuk memberi kejutan kepada penonton.
Jika anda peminat komik, itu tiada masalah, tapi bagi gamers itu adalah masalah. Gamers sangat pentingkan perincian pada karakter, plot filem, details yang ada pada kostum dan environment sekeliling karakter dan kuasa-kuasa yang ada pada setiap karakter. Adakah sama seperti dalam game atau tidak.
Element tersebutlah yang diberi perhatian oleh gamers apabila mereka menonton filem-filem berkenaan. Sedikit twist pasti filem tersebut dikritik teruk. Apatah lagi jika mereka mengabaikan terus element2 itu.
Resident Evil pernah dikritik kerana mengenepikan karakter2 utama yang ada setiap game Resident Evil. Final Fantasy mengalami Isu yang sama. King of Fighter pula dikritik kerana setiap karakter dalam filem tersebut tidak mempunyai kuasa seperti dalam game manakala Mortal Kombat dikritik kerana jalan cerita yang mengarut.
Kini satu lagi filem yang berdasarkan dari permainan video sedang persiapkan diri untuk menerima kecaman peminat terutamanya kaki gamers apabila ditayangkan nanti.
Filem yang dimaksudkan ialah Assassin’s Creed. Walaupun filem berkenaan mendapat rating 9.1/10 di IMDb, ia bukanlah rating sebenar yang diterima kerana ia belum ditayangkan lagi kepada umum. So kita tidak boleh jangkakan apa kritikan yang bakal diterima apabila ditayangkan nanti pada 21 Disember ini
Team produksi Assasin’s Creed memberitahu yang mereka mengekalkan kesemua element yang ada dalam game tersebut dalam filem ini malah mencipta versi mereka sendiri bagi melihatkan filem ini nampak lagi menarik dan awesome.
Tujuan mereka mengekalkan kesemua element yang seperti dalam game adalah bagi mengelakkan dari dihentam seperti filem-filem lain kerana kegagalan mereka untuk memasukan element penting yang ada dalam permainan video kedalam filem.
Jika mereka mengekalkan kesemua element itu, bagaimana pula dengan plot filem? Menarik ataupun tidak? Jika menarik, filem ini bakal mendapat rating yang tinggi, dan jika mengarut plot filemnya, ia akan mendapat nasib yang sama seperti filem-filem game yang lain. Mortal Kombat berjaya mengekalkan kesemua element game dalam filem mereka, tapi tetap gagal kerana kualiti dan plot filem yang lemah.
Btw, please don’t trust 100% pada trailer.
Inilah yang cuba dipertaruhkan dalam filem Assassin’s Creed, mereka memberi jaminan kesemua element game dikekalkan dan ditambahbaik, dan menjanjikan jalan cerita awesome. Kita cuma perlu menunggu apabila ditayangkan pada minggu hadapan untuk kita nilai kehebatan filem ini samada berjaya ataupun gagal.
Ada kaki gamers Assassin’s Creed disini?