Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Anime

Artwork “My Hero Academia: World Heroes’ Mission” Tunjuk Villain Terbaru

Filem My Hero Academia: World Heroes’ Mission akan debut seorang penjahat terbaru bernama Flect sebaik sahaja ia dilancarkan di pawagam pada 6 Ogos di Jepun. 

Seperti yang dikongsikan laman web rasmi, Kazuya Nakai (One Piece, Gintama) akan memainkan watak villain bernama Flect Turn, ketua kepada organisasi penjahat “HUMANIZE” yang mengancam dunia. Watak terbaru itu direka oleh pencipta siri Kohei Horikoshi. Filem akan datang turut menampilkan watak baru bernama Rody Soul, yang mempunyai kesangsian rahsia seorang pahlawan. Soul akan bergabung dengan Deku, Bakugo dan Todoroki untuk menghentikan HUMANIZE dari memusnahkan semua pemegang Quirk.

Anda boleh lihat artwork rasmi Flect Turn dibawah:

World Heroes’ Mission adalah filem ketiga yang diterbitkan dari siri anime popular My Hero Academia. Filem pertama, My Hero Academia: Two Heroes yang dilancarkan pada 2018 telah mengutip $27.5 juta dolar, manakala filem kedua My Hero Academia, yang telah dilancarkan di Jepun pada 2019, telah meraih kutipan sebanyak $29.98 juta dolar. 

My Hero Academia dicipta oleh Kohei Horikoshi dan mula diterbitkan di Weekly Shonen Jump pada 2014. Musim pertama anime telah dilancarkan pada 2016, dan sejak dari itu ia telah diadaptasikan ke beberapa media seperti permainan video dan filem. Siri anime dan manga masih berjalan sehingga kini. 

My Hero Academia: World Heroes’ Mission akan dilancarkan di Jepun pada 6 Ogos ini, manakala tarikh tayangan global masih belum diputuskan. Dua filem awal My Hero Academia 

Related posts

[VIDEO] Tajuk & Teaser “Dragon Ball Super Movie 2” Telah Didedahkan

Kakimuvee

Klip Terbaru “RESIDENT EVIL: Infinite Darkness” Papar Adegan Leon S. Kennedy Berhadapan Dengan Zombi

Kakimuvee

Disney+ Dedah 7 Studio Anime Jepun Yang Menghidupkan Siri “STAR WARS: VISIONS”

Kakimuvee

Anime “Legend of Mana” Sedang Dibangunkan WB Jepun

Kakimuvee

Tonton Trailer Penuh “My Hero Academia: World Heroes’ Mission”

Kakimuvee

Pandangan Pertama Anime “Uzumaki” Telah Didedahkan

Isqandar

Leave a Comment