Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Anime

Artikel Toei Bocor Di Media Sosial, Dedah Pengumuman “Dragon Ball Super Movie 2”

Hari Goku nampaknya akan menjadi hari yang cukup baik untuk peminat Dragon Ball. Walaupun belum diumumkan secara rasmi,  pengumuman mengenai filem Dragon Ball Super Movie 2 mungkin akan dibuat pada 9 Mei ini. 

Seperti yang dikongsikan oleh @DBSChronicles, laman web rasmi Toei Animation Europe secara tidak sengaja membocorkan pengumuman tersebut dengan sebuah artikel yang sepatutnya dijadualkan untuk diterbitkan pada 9 Mei.

Judul artikel tersebut berbunyi, “Toei Animation Marks Goku Day with Surprise Announcement of New Dragon Ball Super Movie in 2022.

Seperti yang dilihat dalam video dari tweet dibawah, artikel itu membawa ke ‘error page’, yang halaman itu telah dipadamkan sebaik sahaja pengendali website menyedari kesilapan tersebut. 

Walaupun “pengumuman kejutan” itu tidak lagi menjadi kejutan, ia tidak bermakna tiada alasan untuk meraikan Hari Goku. Pada 9 Mei ini, akan ada siaran langsung khas yang akan menayangkan episod 3 Super Dragon Ball Heroes, yang akan meneruskan Space-Time War Arc. Episod tersebut akan disiarkan secara langsung di Twitter dan YouTube.

Oleh itu, jangkakan lebih banyak berita mengenai Dragon Ball Super Movie 2 tidak lama lagi.

Related posts

Trailer Rasmi Pertama Ultraman Musim 2 Telah Dilancarkan

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

One Piece Melancarkan Visual Terbaru Sempena Meraikan Episod Ke-1000

Kakimuvee

Tarikh Pelepasan Attack on Titan Musim Akhir Diumumkan Dalam Video Teaser Terbaru

Kakimuvee

Siri Asal Anime Cowboy Bebop Akan Ditayangkan Di Netflix Pada 21 Oktober Ini

Kakimuvee

Trailer Dragon Ball Super: Super Hero Soroti Gaya Animasi Terbaru & Karakter

Kakimuvee

Leave a Comment