Warner Bros. melancarkan lagi satu lagi klip video dalam filem Aquaman yang menyaksikan Arthur dan Mera diserang makhluk Trench. Anda boleh tonton video tersebut dibawah.
Filem keenam DCEU ini akan menyaksikan persengketaan saudara diantara Arthur Curry dan King Orm (Patrick Wilson) yang merancang untuk memulakan perang dengan manusia di atas permukaan bumi bagi membalas dendam atas perbuatan manusia yang melakukan pencemaran laut sejak berkurun yang lalu. Untuk mengelakkan perang diantara manusia dan Atlantis, Arthur Curry perlu menewaskan adiknya dan mengabungkan 7 kerajaan Atlantis yang lain.
Aquaman diarahkan oleh James Wan manakala skrip ditulis oleh David Leslie Johnson-McGoldrick (The Conjuring 2) dan Will Beall.
Selain Jason Momoa, filem ini turut dibintangi pelakon Amber Heard, Patrick Wilson, Willem Dafoe, Yahya Abdul-Mateen II, Temuera Morrison, Dolph Lundgren, serta Nicole Kidman.
Aquaman bakal menemui penonton pada 13 Disember 2018