Franchise Terminator hampir menerima tamparan hebat selepas kegagalan filem Terminator 5: Genisys yang bukan sahaja menerima banyak review negatif, malah hampir tersungkur dari segi kutipan tiket apabila filem itu tidak dapat memberikan pulangan kepada pihak studio Paramount di pasaran US. Mujur pasaran China memberikan bonus kepada filem berkenaan dari teruk tersungkur.
Prestasi filem kelimat tersebut menyebabkan Paramount terpaksa memikirkan kembali samada mahu meneruskan franchise Terminator ataupun tidak. James Cameroon, pencipta trilogi Terminator kemudiannya kembali untuk menyelamatkan franchise tersebut.
Banyak berita mengenai filem Terminator 6 akan datang samada akan diteruskan atau tidak. Sebelum ini, pelakon asal Arnold Schwarzenegger Terminator berkata, sekuel filem berkenaan mungkin tidak diteruskan, tetapi franchise filem berkenaan tetap wujud dan membayangkan franchise tersebut akan di hasilkan semula.
Kini berita terbaru, James Cameroon tetap meneruskan filem keenam Terminator dan dalam proses untuk merangka filem akan datang. Schwarzenegger berkata semasa ditemubual oleh wartawan dari Screendaily.
“It is back. It is moving forward. He [Cameron] has some good ideas of how to continue with the franchise. I will be in the movie.”
Schwarzenegger sebelum berkata dia tidak mahu kembali dalam filem Terminator, namun setelah James Cameron dikatakan akan menguruskan filem ke-enam, beliau terus menukar fikirannya dan menyertai pengarah hebat itu.
Sehingga kini tidak diketahui bagai filem keenam itu akan dihasilkan, khabar angin mengatakan, filem berkenaan akan direboot selepas tiga filem sebelum ini dikatakan sangat kucar kacir dan mengelirukan serta dikritik teruk oleh peminat.
Kami akan bawakan berita-berita terkini mengenai filem Terminator 6 akan datang.