
Baru-baru ini ramai peminat telah mendapat berita mengenai masa depan Arnold Schwarzenegger dalam franchise Terminator. Bekas Juara Bina badan yang juga bekas Governor dikatakan tidak akan kembali membawakan watak terkenal, T-800 dalam filem Terminator akan datang.
Ini gara-gara berita yang mengatakan studio Paramount Pictures enggan meneruskan filem Terminator selepas kegagalan filem Terminator: Genisys dan juga kengganan Arnold untuk menyambung sekuel Terminator: Genisys.
Namun berita tersebut adalah khabar angin semata-mata apabila beliau sendiri mengesahkan akan kembali membawakan watak ikonik tersebut, malah bukan satu filem tetapi tiga filem Terminator yang dirancang akan dibikin pada masa hadapan. Arnold juga menegaskan, filem akan datang lebih menarik skrip dan plot berbanding filem Terminator terdahulu.
“Just because Paramount doesn’t want to pick up the ‘Terminator’ franchise, you have 15 other studios willing to do it – that doesn’t mean the ‘Terminator’ franchise is finished, right? It just means they are on their way to negotiate with another studio, but I can’t give you the details of that.
I’m always looking forward to doing another ‘Terminator,’ especially if the story is written well and it’s really entertains the whole world.” – Arnold Schwarzenegger
Difahamkan filem yang bakal dihasilkan tidak akan menyambung filem Terminator: Genisys. Ini disebabkan Arnold tidak berminat dengan filem berkenaan, tetapi dalam masa yang sama tidak putus asa dengan franchise Terminator. Jadi buat masa ini dia sedang berusaha keras bersama-sama pengarah asal Terminator, James Cameroon untuk menghasilkan filem terbaru nanti yang tidak akan menyambung legasi Genisys.

Walapun dia tidak mendedahkan dengan lebih terperinci mengenai filem Terminator akan datang, beliau berjanji yang filem Terminator kali ini kembali menyinar sepertimana dua filem awal Terminator terdahulu.
Jadi kepada peminat Terminator dan juga Arnold Schwarzenegger, adakah berita ini mengembirakan anda?