Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

ARMY OF THE DEAD: Zack Snyder Perkenalkan Krew Las Vengeance


Menjelang tayangannya di Netflix pada 21 Mei ini, pengarah Zack Snyder telah kongsikan poster karakter Army of the Dead, menampilkan krew “Las Vengeance” serta zombi yang akan mengganas dalam filem akan datang. Anda boleh poster-poster tersebut dibawah.

Army of the Dead akan menceritakan sekumpulan tentera upahan yang memperjudikan nyawa mereka untuk menceroboh masuk ke zon yang dikuarantin disebabkan wabak zombi demi menjalankan misi rompakan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pihak.

Barisan pelakon terdiri daripada Dave Bautista (Stuber), Hiroyuki Sanada (Avengers: Endgame), Omari Hardwick (Power), Chris D’Elia (Undateable), Garret Dillahunt (Deadwood), Raúl Castillo (Knives Out), Nora Arnezeder (Safe House), Matthias Schweighöfer (Valkyrie), Samantha Win (Wonder Woman) dan Rich Cetrone (Batman v Superman: Dawn of Justice).

 

Snyder telah merancang filem ini sejak 2007 dan pada awalnya dibangunkan di Warner Bros. Bagaimanapun, projek tersebut beralih di Netflix dengan modal pembikinan yang agak besar iaitu sekitar $70 juta hingga $90 juta dolar

Army of the Dead akan ditayangkan secara eksklusif di Netflix pada 21 Mei ini.



Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee