Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Army of the Dead Prequel” Telah Selesai Jalani Penggambaran, Zack Snyder Kongsi Gambar Pertama

Menuju ke tayangan Army of the Dead pada tahun hadapan, Zack Snyder mendedahkan bahawa filem prekuel berjudul Army of the Dead: The Prequel telahpun selesai menjalani penggambaran. 

Pengumuman Snyder dibuat menerusi laman Twitter miliknya yang mana dia juga turut mendedahkan gambar pertama filem tersebut. Anda boleh lihat ganbar tersebut dibawah. 

Army of the Dead: The Prequel diarahkan dan dibintangi pemenang Grimme Award Matthias Schweighöfer, dan filem tersebut akan mengikuti kisah salah satu karakter filem Army of the Deadg, “Ludwig Dieter”. Filem terbaru ini dihasilkan di Jerman dan diterbitkan Deborah Snyder, Zack Snyder, Wesley Coller, Matthias Schweighöfer dan Dan Maag.

Filem utama Army of the Dead mengisahkan sekumpulan tentera upahan yang memperjudikan nyawa mereka untuk menceroboh masuk ke zon yang dikuarantin disebabkan wabak zombi demi menjalankan misi rompakan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pihak.

Army of the Dead dibintangi Filem ini dibintangi Dave Bautista (Stuber), Hiroyuki Sanada (Avengers: Endgame), Omari Hardwick (Power), Chris D’Elia (Undateable), Garret Dillahunt (Deadwood), Raúl Castillo (Knives Out), Nora Arnezeder (Safe House), Matthias Schweighöfer (Valkyrie), Samantha Win (Wonder Woman) dan Rich Cetrone (Batman v Superman: Dawn of Justice).

Snyder telah merancang filem ini sejak 2007 dan pada awalnya dibangunkan di Warner Bros. Kini projek tersebut dihasilkan di Netflix dengan modal pembikinan yang agak besar iaitu sekitar $70 juta hingga $90 juta dolar.

Related posts

Simu Liu Kata Shang-Chi Mampu Tewaskan Hulk & Iron Man!

Isqandar

Warner Bros. Akan Hasilkan Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Sekuel “Extraction” Dijangka Memulakan Penggambaran Pada Musim Luruh

Kakimuvee

Gambar-Gambar Tom Holland & Zendaya Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”

Kakimuvee

Matt Damon Dilaporkan Sertai “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Zack Snyder Sahkan “Justice League” Akan Menjadi Filem, Bukan Minisiri

Isqandar

Leave a Comment