Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Areel Abu Bakar Dedah Perancangan “Geran 2”

Harapan peminat untuk menyaksikan sekuel Geran bakal direalisasikan. 

Ketika bercakap kepada Harian Metro baru-baru ini, pengarah filem Geran, Areel Abu Bakar mendedahkan bahawa mereka bakal menghasilkan Geran 2 tidak lama lagi. Menurutnya lagi, kejayaan filem telah melonjak semangatnya untuk menghasilkan sekuel pada tahun ini. 

Saya sebenarnya ada perancangan untuk menghasilkan sekuel filem “Geran”, yang mana lokasi penggambarannya akan dijalankan di luar negara.”

Namun begitu, buat masa ini perancangannya terpaksa ditunda sehingga ke hujung tahun memandangkan situasi pandemik masih belum reda dan pihaknya juga belum mempunyai dana yang mencukupi.

“Walau bagaimanapun, buat masa ini ia ditangguhkan lagi kerana penularan COVID-19 dan dana diperlukan pun tidak mencukupi,”

Tambah Areel lagi, dia amat berbesar hati sekiranya ada pihak korporat yang berminat untuk bekerjasama sebagai penaja dana filem itu.

Filem pertama Geran bukan sahaja memberi impak kepada penonton tempatan, malah turut menempa kejayaan di luar negara. Menampilkan aksi persilatan, Geran telah diiktiraf di Festival Filem Asia Five Flavours ke-14 serta merangkul Anugerah Daniel A. Craft di Festival Filem Asia New York (NYAFF) ke-19.

Malah Geran turut disenaraikan dalam 20 Filem Terbaik di Asia Tenggara 2020 dan 10 Filem Aksi/Seni Bela Diri Terbaik Asia 2020 di laman sesawang Asian Movie Pulse.

Diterbitkan oleh Layar Pictures Sdn Bhd, filem itu membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Namron, Khoharullah Majid, Feina Tajuddin, Fad Anuar, Azlan Komeng dan Megat Shahrizal.

Dalam perkembangan lain, produksi itu sedang menjalankan penggambaran dokumentari 13 episod berjudul Pusaka Kita, Maruah Kita selama 40 hari di seluruh semenanjung Malaysia.

Isi kandungan utamanya adalah mengenai jenis-jenis Silat yang terdapat di Malaysia, senjata tradisional dan pembuatannya serta tokoh-tokoh penting dalam ilmu persilatan Melayu.

Sumber: Cinema Online

Related posts

TRAILER 18 Puasa Di Kampong Pisang: Barkoba Ingin Kongsi Rezeki Bersama Masyarakat

Kakimuvee

NETIZEN TENTUKAN PLOT TWIST ‘MIS TRES HERMANAS’ MALAYSIA

Zulaikha

Bell Ngasri & Rakan-Rakan ‘Kantoi’ Puasa Dalam Teaser “18 Puasa Di Kampong Pisang”

Kakimuvee

SELEBRITI POPULAR KONGSI HOBI & KOLEKSI KENDERAAN PERIBADI DALAM PROGRAM AUTOMOTIF ‘RODA PANAS’ DI SALURAN NAURA

Isqandar

iQiyi Bergabung Tenaga Bersama FINAS Dalam Kempen Anti Cetak Rompak #JanganTontonHaram

Zulaikha

Lebih Banyak Tayangan Perdana Kandungan India Tempatan & Antarabangsa Di Astro

Zulaikha