Filem Aquaman arahan James Wan telah mengutip sebanyak $72 juta pada hari pertama tayangannya di tempat sendiri pada Jumaat yang lalu. Untuk pasaran antarabangsa, Aquaman berjaya menambah $91.3 juta dolar menjadikan jumlah keseluruhan mencecah $482.8 juta sehingga kini.
Sementara itu, filem reboot francais Transformers, Bumblebee meraih $21 juta dolar pada tayangan pertama di Amerika Syarikat. Kutipan tersebut merupakan kutipan terendah dalam francais Transformers. Untuk pasaran antarabangsa pula, Bumblebee berjaya meraih $31 juta dolar menjadikan jumlah keseluruhan $53 juta dolar.
Untuk filem-filem lain, Mary Poppins Return berjaya meraih $51.3 juta dolar seluruh dunia sejak ia ditayangkan pada minggu lalu, manakala filem animasi Spider-Man: Into The Spider-Verse telah mengumpul sebanyak $129.6 juta dolar sejak ia ditayangkan pada 14 Disember 2018