
Selepas tertunda beberapa kali, akhirnya Aquaman and the Lost Kingdom bakal menemui penonton pada Disember ini.
Filem terbaru DC itu telah melalui beberapa fasa penggambaran semula, dan lebih memburukkan, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa filem itu mendapat reaksi negatif semasa tayangan ujian.
Filem pertama yang ditayangkan pada 2018 berjaya mencapai lebih AS$1 billion, tetapi sejak kebelakangan ini, beberapa filem DC gagal menunjukkan prestasi baik di box office, dan ini turut meletakkan sekuel Aquaman dalam situasi yang tidak menentu sama mampukah ia mengulangi kejayaan box officenya.
Semasa temu bual dengan The Hollywood Reporter baru-baru ini, pengarah James Wan ditanya mengenai ‘pengubahsuaian’ yang perlu dilakukannya sejak pembentukan DC Studios dan penetapan semula DCEU-ke-DCU seperti yang akan ditunjukan dalam filem TheFlash yang akan datang.
“Saya terpaksa membuat perubahan sepanjang perjalanan,” akui pembikin filem itu. “DCU telah melalui banyak versi yang berbeza, dan salah satu perkara yang mencabar tentang filem ini ialah menuruti apa yang sedang berlaku.”
“Nasib baik, dunia Aquaman agak jauh dari dunia DC yang sebenar. Kita akan pergi ke kerajaan bawah air yang berbeza yang tidak semestinya berkaitan dengan apa yang berlaku dengan filem dan watak lain, jadi kami berdiri sendiri dalam hal itu. Jadi saya hanya boleh menceritakan kisah saya sendiri tanpa terlalu terpengaruh, tetapi pada masa yang sama, saya perlu mengambil kira apa yang sedang berlaku.”
Antara perubahan yang dibuat adalah adegan pasca kredit yang melibatkan Batman lakonan Michael Keaton dimana ia dirakam semula dengan melibatkan Batman Ben Affleck.
Aquaman and The Lost Kingdom dibintangi Jason Momoa sebagai watak utama Arthur Curry / Aquaman, Amber Heard, Yahya Abdul-Mateen II, Patrick Wilson, Randall Park, Dolph Lundgren, Temuera Morrison dan Pilou Asbæk. James Wakembali sebagai pengarah, manakala lakon layar akan ditulis oleh duo dari filem pertama, David Leslie dan Johnson-McGoldrick.
Warner Bros. menetapkan tarikh tayangan Aquaman and The Lost Kingdom pada 25 Disember 2023.