‘Aquaman’ Berminat Untuk Tukar Profesion Menjadi Wolverine

177
views

Bintang filem Aquaman, Jason Momoa tidak menyembunyikan keinginannya untuk berlakon dalam mana-mana filem Marvel. Ketika berada di Celebrity Fan Fest di San Antonio, Momoa telah ditanya peminat mengenai karakter Marvel manakah yang ingin dibawa olehnya, beliau menjawab ‘Wolverine’..

“I’d love to play Wolverine… (Hugh Jackman) was phenomenal. I grew up just loving Wolverine.”

Kita tahu, jawapannya sekadar menjawab soalan peminat, tetapi mana tahu akan datang, Jason Momoa akan cuba menghantar video ujibakat kepada Marvel Studios sekiranya studio tersebut membuka ruang untuk pelakon membawakan watak Wolverine / Logan?

Lagipun setakat ini tiada masalah untuk para pelakon di Hollywood melakonkan dua watak komik dari dua studio berbeza. Cuma Jason Momoa masih dalan kontrak bersama Warner Bros. / DC, dan perlu menunggu sehingga kontraknya tamat.

Tambahan pula, peminat mungkin tidak dapat melihat Logan beraksi dalam masa terdekat ini, memandangkan Marvel Studios masih belum merancang untuk memperkenalkan karakter mutant itu dalam Marvel Cinematic Universe, sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 tahun ini.

Jason Momoa bakal muncul dalam sekuel Aquaman yang kini sedang dalam pembangunan dan dijangkakan Aquaman 2 akan menemui penonton pada 2022.

Jadi kepada peminat-peminat Wolverine / Logan, anda rasa Jason Momoa sesuai untuk membawakan watak Wolverine?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here